Jom Kenali Budak Yang Mendapat Gelaran Paling Cantik Di Dunia

 Gadis ini baru sahaja berusia 10 tahun namun memiliki rupa paras yang sangat cantik dan menawan.

Dia mendapat jolokan kanak-kanak tercantik di dunia, wajahnya sebelum ini sering menjadi ikon dan juga model untuk jenama terkenal dunia seperti Dolce & Gabbana, Armani dan Roberto Cavalli.

Kini Kristina Pimenova telah mengorak langkah sebagai model cilik yang mendapat bayaran tinggi di Amerika Syarikat! Dia dan ibunya telah berpindah ke Los Angeles. dari Rusia untuk merancang kariernya.

Anak kelahiran Rusia ini sebenarnya telah menjadi model seawal usia 3 tahun . Dia juga sangat dikenali di dunia maya apabila memiliki 1.3 juta pengikut di laman Instagram.

Meski begitu, dia juga menerima banyak kritikan kerana dianggap bergaya tidak mengikut usia, selain berpenampilan seksi pada sesetengah gambar.

Ibunya turut menerima tempias kerana dianggap mempergunakan anak sendiri.
0 Komentar untuk "Jom Kenali Budak Yang Mendapat Gelaran Paling Cantik Di Dunia "

 
Copyright © 2014 panas panas - All Rights Reserved
Template By Catatan Info