Kita sedia maklum, apabila seorang anak
itu berada di tempat yang jauh dari pandangan mata ibu bapa, yakni di
sekolah pasti ada dikalangan waris yang merisaukan apakah makanan yang
diambil ketika mereka di sekolah.
Berbekalkan duit kocek 1 hingga 5 ringgit sehari, apakah kewajaran yang
mampu dilakukan oleh seoorang kanak-kanak ketika memilih jenis makanan
di kantin.
Ditambah pula berita penyebaran tentang sikap segelintir pengusaha
kantin yang tidak menitikberatkan isu pemilihan makanan yang dijual,
malah ada diantara berita yang dilaporkan oleh waris mengatakan
sebilangan pengusaha kantin tidak menitikberatkan isu kebersihan
termasuklah ada yang cuba menggunakan air paip yang belum dimasak
sepenuhnya untuk dijual kepada pelajar sekolah.
Kes sebegini kurang mendapat pantauan menjadikan ibu bapa memilih jalan
untuk mengelak dari anak mereka berterusan membeli makanan dari kantin.
Seorang pengguna Facebook bernama Rusyainie Ramli
berkongsi beberapa tips yang wajar dan wajib dan dijadikan garis
panduan untuk para ibu bapa dalam menyediakan makanan kepada anak mereka
yang semestinya kita sudah tahu, dan terjamin kualiti dan kebersihan.
p/s: Secara khususnya artikel di bawah ini lebih berkisar kepada cara
menguruskan anak-anak berkaitan pemakanan di sekolah, apakah makanan
yang diambil, berapakah yang sewajarnya duit yang patut dibekalkan untuk
ke sekolah, dan makanan yang tidak digalakkan untuk kanak-kanak ketika
disekolah.
Semoga bermanfaat.
Ada 1 pesakit kelmarin datang mendapatkan rawatan. Umurnya 8 tahun dan
dia hadir ditemani ayahnya. Berdasarkan simptom-simptomnya, saya
bertanya tentang cara pemakanan anak kecil itu. Rupa2nya, ayah
menyatakan yang anaknya itu tidak suka makan makanan yang berkhasiat.
Tiada istilah makan pagi, tengahari atau dan malam untuknya. Dia lebih
menggemari snek-snek ringan. Yang paling berkhasiat yang dia mahu jamah
pun hanyalah roti. Mujurlah ayahnya terbuka untuk menerima pandangan
saya demi perubahan yang lebih baik.
Sebelum meneruskan apa yang mahu saya katakan, saya bertanya:
Berapa jumlah duit poket yang dia ke sekolah?
Bagaimana dia pandai makan makanan ringan seperti itu?
Apakah yang telah dilakukan oleh ibu dan ayah untuk memperbetulkan keadaan?
Datang dari keluarga berpendapatan rendah, anak itu membawa RM5 sehari
ke sekolah. Terkejut saya. Badannya kecil sahaja. RM5 sudah cukup mewah
untuk membeli makanan yang dijual di luar pagar sekolah.
Air pun tak bawa. Ibu dan ayah sibuk bekerja waktu shif maka itulah alasan untuk tidak memberikan bekal makan kepada anak. Kalau bawa bekal roti, masih tidak makan sebab masih ada duit di tangan. Ayah menyalahkan anak yang sekecil itu kerana tidak membeli makanan yang sepatutnya di kantin.
Air pun tak bawa. Ibu dan ayah sibuk bekerja waktu shif maka itulah alasan untuk tidak memberikan bekal makan kepada anak. Kalau bawa bekal roti, masih tidak makan sebab masih ada duit di tangan. Ayah menyalahkan anak yang sekecil itu kerana tidak membeli makanan yang sepatutnya di kantin.
Di rumah, anak ini makan apa yang dia mahu makan sahaja. Roti memang ada
kerana nasi atau mee tidak mahu dijamah pun. Waktu makan tidak teratur
di rumah. Makanan ringan memang sentiasa ada dalam simpanan di rumah.
Saya memberi cadangan. Memang bunyinya seakan kejam tapi kita perlu
lakukan apa yang mesti kita buat sebagai ibubapa untuk mendidik
anak-anak dengan cara yang betul.
1. Kerana anak ini tidak pandai memilih makanan yang sepatutnya dia
makan, dia TIDAK BOLEH dibekalkan dengan duit poket. Anak itu bersekolah
petang. Dia mesti bersarapan dan makan tengahari di rumah
sekenyang-kurangnyanya dan membawa bekalan ke sekolah. Tidak perlu
membawa makanan yang berat pun.
Ibubapa mesti berusaha. Usaha tidak memerlukan duit sesen pun. Dia mesti
membawa botol air masak. Anak itu mesti diberitahu dengan TEGAS yang
dia tidak boleh meminjam atau memeras duit orang lain bila di sekolah.
Dia HANYA boleh memilih untuk makan bekalan yang dibawa atau untuk
berlapar. Itu sahaja pilihan yang dia ada. Mungkin sehari dua bolehlah
dia bertahan. Masuk hari-hari seterusnya mesti dia terpaksa makan kerana
dia sudah tidak ada pilihan.
Pilihan yang ada sebenarnya memang akan buatkan dia terpaksa kalah pada
peraturan yang dikenakan ke atasnya. Apa yang kita tegaskan di sini
ialah dia tidak ada peluang untuk makan makanan ringan.
2. Di rumah juga dia tidak boleh diberi pilihan. Sekarang ini, kalau dia
tidak mahu makan, ibubapa akan tutup sebelah mata dan biarkan dia makan
sembarangan. Lepas ini tidak boleh begitu. Dia mesti makan di meja
makan bersama-sama anggota keluarga yang ada di rumah masa itu. Waktu
makan mesti konsisten. Dia mesti makan apa juga hidangan yang disediakan
tanpa ada pilihan lain. Kalau dia masih tidak mahu makan, dia boleh
pilih untuk berlapar.
Dia tidak boleh diberi makanan lain hanya kerana ibubapa risau yang dia
lapar. Mungkin dia akan berkeras untuk beberapa hari dengan tidak makan
dan menahan lapar. Tetapi kalau ibubapa konsisten dengan apa yang telah
ditetapkan, dia terpaksa mengalah. Apa yang kita nak terapkan ialah
IBUBAPA YANG BERKUASA bukannya dia.
Ibubapa tidak boleh mengalah walau macam mana pun tanda protes anak itu.
Biarlah dia memberontak. Itu memang kita jangkakan. Maklumlah selama
ini dia boleh makan ikut suka hati tetapi bila dah ada undang-undang,
dia rasa terkongkong.
3. Tiada stok makanan segera di rumah. Ayah dan ibu mesti menyediakan
makanan yang bernutrisi untuk anak2. Kerana kedua-duanya bekerja tidak
tentu masa, maka ibubapa mesti berusaha menyiapkan jadual untuk
memastikan ada makanan untuk anak-anak. Kedua-duaynya mesti berada dalam
1 pendapat yang sama. Mesti menyokong sama sendiri untuk buat
perubahan. Tidak boleh buka peluang untuk mengelat. Tiada alasan.
Untuk membesarkan anak-anak memang perlukan pengorbanan. Perlukan
perancangan untuk kehidupan seharian mereka. Anak-anak perlukan
undang-undang dalam dan luar rumah yang mesti diikuti. Kalau bab makan
pun ibubapa sudah tidak dapat mengawalnya, saya bimbang mereka
sebenarnya secara perlahan-lahan hilang kuasa ke atas anak-anak mereka
dalam perkara-perkara lain juga.
Saya doakan yang terbaik buat ayah dan anak ini. Semoga perkongsian saya
ini dapat memberikan sedikit ilmu untuk mereka mencapai matlamat yang
baik. Semoga Allah permudahkan jalan mereka.
Gambar hiasan - makanan kegemaran anak-anak saya yang mesti dikongsi
dengan kawan-anak rapat mereka. Saya lah terpaksa bangun awal untuk
menjala. Kasar pun kasarlah bila mata pun masih mengantuk.sumber
0 Komentar untuk "Jangan Bekalkan Duit Poket Untuk Anak Ke Sekolah "