Stesen penyiaran tempatan, Channel NewsAsia melaporkan, beberapa pengilang dan peruncit berkata rekod penjualan alat khas tersebut naik sekurang-kurangnya dua kali ganda sepanjang tempoh lima tahun lalu.
Tandas berteknologi unik itu ada fungsi istinjak, mengeringkan dan boleh juga menghancurkan najis dengan cuma pancaran cahaya ultraungu yang mempunyai kesan antibakteria tanpa banyak basah akibat penggunaan air.
Semuanya biasa dilihat di Jepun dan Korea Selatan. Dirangsang permintaan daripada rakyat Singapura sendiri yang pernah melancong ke sana, tandas-tandas seperti ini kini semakin popular di negara pulau kecil tersebut.
Malah tandas berteknologi tinggi seperti ini juga mungkin menarik pengguna dalam kelompok berumur tua kerana mudah digunakan mereka yang agak sukar bergerak dengan pantas sekali gus tidak mengotorkan pakaian sendiri.
Stesen itu bagaimanapun tidak menyatakan harga tandas tersebut namun ia dianggarkan bernilai ribuan dolar malah ada mencecah sehingga S$10,000 seunit bagi set yang lengkap keluaran firma terkenal Jepun, Toto.
Di negara ‘matahari terbit’ itu, tandas syarikat berkenaan yang mula dijual sejak 1980 kini menguasai lebih 80 peratus isirumah domestik kerana ia terbukti menjimatkan air sekali gus mengurangkan bil utiliti kediaman.
Pakar kesihatan tempatan berkata kecanggihan teknologinya boleh dipertingkatkan untuk menjadikan tandas ini lebih mesra digunakan, bersih daripada kuman dan selamat kepada pengguna. – Agensi
0 Komentar untuk "Jamban Canggih Ada Ultra Ungu Hancur Najis"