Donna Galt yang sudah pun berumur 33 tahun, dan anaknya, Mya menjadi viral selepas mendakwa orang ramai sukar membezakan antara kedua-duanya.
Namun apabila Donna memberitahu rancangan This Morning terbitan stesen ITV di Britain bahawa orang selalu menyangka bahawa dia adalah Mya, ramai netizen yang ketawa.
“Kami tidak selalu berpakaian serupa kerana saya seorang ibu yang bekerja tetapi apabila ke konsert, kami akan berpakaian sama,” kata Donna.
Manakala Mya pula berkata dia mempunyai minat yang sama dengan ibunya dan tidak kisah apabila berpakaian sama.
Namun tindakan mereka itu mendapat kecaman dan sindiran ramai terutama kaum ibu.
Ramai yang berpendapat kedua-duanya tidak seiras sebaliknya wajah Donna menggambarkan umur sebenarnya, bukan remaja seperti yang didakwanya.
Malah ada yang memberikan komen lebih keras dengan menyatakan bahawa sangat mudah untuk membezakan mana satu ibu, mana satu anak.
“Mereka nampak sama kerana Donna konon cuba untuk menjadi sama seperti anaknya,” kata netizen. – Mynewshub.cc
0 Komentar untuk "Ibu ‘Perasan’ Muda, Berpakaian Sama Seperti Anak Umur 14 Tahun"