
Pernah
dengar pepatah yang berbunyi “ tiada apa yang mustahil di dunia ini’ ?.
“ hendak seribu daya tak hendak seribu dalih” ? perumpamaan yang penuh
dengan maksud tersirat , kata-kata semangat serta pendorong bagi
seseorang untuk berjaya serta mengecapi impiannya. Seorang pelukis
jalanan iaitu Mariusz Kedzierski yang berusia 23 tahun berjaya memenuhi
impiannya untuk menghasilkan satu lukisan yang realisitik walaupun
dilahirkan tanpa mempunyai kedua belah tangan.

Kecacatan
yang di alami tidak dijadikan sebagai penghalang untuk beliau mengejar
impiannya, malah dia mampu mengubah hidupnya menjadi seorang yang hebat
di mata orang ramai. Ketidaksempurnaan yang dimiliki bukan penyebab
untuk beliau lupa akan matlamat sebenar yang perlu dicapai dalam
kehidupannya.
Selama tujuh
tahun berturut-turut, beliau hidup dengan menghasilkan 700 seni lukisan
dalam masa 15000 jam. Bakat luar biasa yang dianugerahkan merupakan
satu keistimewaan yang hebat dan harta yang tidak ternilai baginya.
Sentuhan yang menghasilkan satu potret seni yang amat mengagumkan
akhirnya membuahkan hasil. Berkat kegigihan dan kesabaran, beliau
akhirnya memenangi anugerah pelukis jalanan terbaik dan mendapat tempat
kedua dalam pertandingan Global Artist di Vienna, Austria dan masih
bergiat aktif dalam menyertai pelbagai pameran di seluruh dunia. Berikut
merupakan hasil lukisan beliau.







Kisah
perjalanan hidup Mariusz Kedzierski dijadikan inspirasi oleh orang ramai
dan jelaslah bahawa tiada apa yang mustahil untuk kita kecapi dalam
dunia ini. yang penting, usaha dan tidak pernah untuk berputus asa. Mari
kita ikuti kisah perjalanan serta hasil lukisan beliau yang mengagumkan
ini.
0 Komentar untuk "Hasil Lukisan Pemuda Tanpa Kedua Tangan Ternyata Memukau"