Gambar Gorila Korek Hidung Jadi Sensasi Internet (Video)


SELAIN memiliki batang tubuh menyerupai manusia, gorila memiliki otak agak geliga dan kadangkala mempamerkan perlakuan ‘sebiji’ macam kita.

Itulah yang dilakukan seekor gorila di Taman Nasional Volcanoes di Rwanda, yang asyik mengorek hidung sebelum aksinya itu dirakam kamera seorang pengunjung.

Gambar yang diambil Cedric Favero, 49, ketika berkunjung ke taman nasional tersebut kemudiannya menjadi sensasi Internet apabila ia dikongsikan.

“Gorila itu benar-benar sedang mengorek hidungnya. Dia melakukannya lebih kurang tiga minit,” ujar Cedric yang mengakui teringat teori Darwin yang mencadangkan bahawa manusia berasal dari keluarga monyet yang mengalami transformasi mengikut masa, ketika menyaksikan perbuatan gorila tersebut.

Taman Nasional Volcanoes sememangnya terkenal sebagai habitat semulajadi bagi gorila yang tinggal di pergunungan, selain dikunjungi kerana terdapat lima gunung berapi iaitu Karisimbi, Bisoke, Muhabura, Gahinga dan Sabyinyo. – MYNEWSHUB.CC

0 Komentar untuk "Gambar Gorila Korek Hidung Jadi Sensasi Internet (Video)"

 
Copyright © 2014 panas panas - All Rights Reserved
Template By Catatan Info