TANZANIA. Tragis dan memilukan, itulah
perkataan yang boleh digambarkan terhadap nasib seorang gadis Tanzania
apabila dia 'dikubur' hidup-hidup oleh teman lelakinya selama 8 bulan di
ruang bawah tanah yang sempit.
Kejadian itu disedari oleh masyarakat
setempat disitu selepas terdengar 'bunyi aneh' daripada kawasan gadis
itu dikuburkan lantas melaporkan kejadian itu kepada polis.
"Saya hanya diberi makan dua kali
seminggu, untuk terus hidup selama saya 'dikuburkan' sepanjang lapan
bulan," kata gadis yang tidak didedahkan nama itu kepada Naibuzz.Com.
Hasil laporan polis, telah menyebabkan
teman lelakinya ditangkap, yang akhirnya membolehkan gadis ini
dibebaskan daripada penderitaan itu.
Dikhabarkan gadis itu kini berada dalam keadaan selamat.
- Sinar
Apa yang mengejutkan tujuan teman
lelakinya mengkuburkan gadis itu adalah bagi memperoleh kekayaan kerana
percaya bahawa tindakannya itu akan membawa hasil kekayaan kepadanya.
0 Komentar untuk "'Dikuburkan' Teman Lelaki Selama Lapan Bulan"