Bekas Pramugara MAS Tak Kisah Bawa Teksi

UMUM mengetahui demi menyelamatkan syarikat penerbangan negara Malaysia Airlines, terdapat kakitangannya yang terpaksa digugurkan.

Meskipun mendapat saguhati dan program sokongan untuk membantu mereka yang terlibat mencari peluang rezeki lain, pastinya tak mudah mendapat peluang kerja dalam keadaan ekonomi dan usia mereka pada masa sekarang.

Bagaimanapun seorang bekas kakitangan MAS membuktikan rezeki halal ada di mana-mana bagi mereka yang tidak memilih.

Namun pekerjaan yang dipilihnya mengejutkan ramai orang dan pasti ramai belum tentu sanggup sepertinya selepas sekian lama menempuh pekerjaan glamor di awan biru iaitu.. pemandu teksi.

Kerendahan hati bekas pramugara ini diketahui ramai selepas anaknya Mohd Zulhelmie berkongsi kisahnya di Facebook menerusi status berbunyi:

“Lepas hampir setahun diberhentikan MAS, dua hari lepas Abah mulakan kerjaya baru sebagai pemandu teksi.

Kalau ada siapa-siapa yang duduk area Nilai/Sepang atau sewaktu dengannya memerlukan teksi yang pemandu dia layan macam dalam flight MAS, boleh booking siap-siap dekat booking agent Abah, 0122710040 (aku).

Kalau guna promo code “ELMI HANDSOME”, Abah kata harga dekat meter dikurangkan sikit ikut budi bicara Abah waktu itu.

P/S: Abah taknak bawak Uber. Jangan tanya kenapa.”

Status Facebook Mohd Zulhelmie tentang kisah abahnya yang memilih untuk jadi pemandu teksi selepas setahun menamatkan perkhidmatan sebagai pilot MAS.

Status Facebook Mohd Zulhelmie tentang kisah abahnya yang memilih untuk jadi pemandu teksi selepas setahun menamatkan perkhidmatan bersama MAS.
Status berkenaan segera mendapat perhatian ramai dan dikongsikan ramai netizen hingga akhirnya menjadi viral, apatah lagi ia turut dikongsikan pengarah dan pelakon Afdlin Shauki yang mempunyai lebih 1.4 juta rakan Facebook.

12670089_10204003521487642_2132638867760524700_n 

Apa-apa pun, tak mudah menemui orang seperti abah Mohd Zulhelmie ini dan hikmahnya, kami pasti beliau tak menang tangan menangani tempahan teksi selepas ini. Yelah, pasti ramai nak melakukan sedikit ‘interview’ bersamanya bukan? –

 

Related Post

0 Komentar untuk "Bekas Pramugara MAS Tak Kisah Bawa Teksi"

 
Copyright © 2014 panas panas - All Rights Reserved
Template By Catatan Info