Staf syarikat penerbangan membocorkan rahsia-rahsia mengejutkan yang mungkin belum diketahui kebanyakan penumpang kapal terbang.
Beberapa pengguna laman Reddit yang bekerja sebagai kakitangan syarikat penerbangan mendedahkan rahsia-rahsia mengejutkan yang mungkin akan ditemui seorang penumpang.
Kumpulan rahsia tersebut termasuk tips yang boleh menjimatkan wang dan bahkan menghalang penumpang jatuh sakit selama melakukan perjalanan dengan kapal terbang.
Beberapa tips tersebut di antaranya adalah:
1. Membawa headphone sendiri
Pengguna Reddit ichigo 29 menulis: "Headset yang diberikan selama penerbangan adalah alat dengar lama, walaupun ketika diterima terbungkus rapi."
Ichigo29 menambah, alat dengar-dengar yang sebelumnya dipakai, dibawa mendarat, dibersihkan, dan dibungkus lagi sehingga kelihatan baru dan kemas.
2. Jangan menerima tawaran kopi percuma
Worse Worser berkata: "Kopi di kapal terbang benar-benar menjijikkan kerana hampir tidak ada yang mencuci cawan setiap pagi.
"Para pekerja yang dibayar sepertinya kurang mengambil berat tentang kebersihan cawan kopi. Saya boleh mengatakan ini kerana pernah bekerja untuk AA.
"Juga, kerana kita tidak diberi bekalan peralatan yang lancar untuk membersihkannya, kita cukup hanya membuang sisa kopi di dalamnya dan kemudian bilas."
3. Oksigen jumlahnya terhad
Menurut pengguna bernama oracle, jika kabin mengalami tekanan, oksigen di topeng hanya boleh digunakan selama 12 minit.
Dia menambah selain itu ada sebab mengapa mereka memberitahu anda untuk memakai topeng terlebih dahulu dan kemudian membantu anak-anak. Ini kerana pada ketinggian 40 ribu kaki anda hanya akan mempunyai masa menghirup udara normal 12-20 saat sebelum anda pengsan.
"Tidak ada masalah jika anak-anak yang pengsan selama beberapa saat kerana mereka akan sedar ketika topeng oksigen dipasang di wajah mereka."
4. Bagaimana pilot mengelakkan keracunan makanan
Kembali ichigo29 mengaku: "Pilot mendapat jatah menu makanan yang berbeza dan tidak boleh berkongsi. Hal ini dilakukan untuk mengelakkan kes keracunan makanan."
5. Susahnya memujuk binatang kesayangan naik kapal terbang
Rabbit Mix berkata: "Jika anda membawa anjing, kira-kira 30 peratus daripada mereka akan ketakutan bahkan sebelum naik di kapal terbang. Binatang kesayangan akan merasa stres ketika ditinggalkan di tempat Bagasi kapal terbang.
"Petugas Bagasi biasanya akan cuba untuk menenangkan binatang kesayangan yang takut. Tapi yang paling tepat agar mereka tenang adalah 'bercakap' dengan memanggil namanya. Kerana itulah anda sebaiknya menulis nama binatang kesayangan agar petugas bagasi boleh menenangkan mereka."
Lain lagi jika binatang kesayangan adalah kucing, kerana mereka tidak terlalu cerewet dengan masalah perjalanan dengan kapal terbang.
"Aku belum pernah melihat kucing yang takut jika ditinggalkan di ruang bagasi, sepertinya kucing tak mau ambil pusing dengan semuanya."
6. Kelebihan Bagasi?
Worse Worser berkata: "Anda sebaiknya bersikap baik dengan petugas tiket kerana biasanya mereka cukup banyak membantu jika anda membawa beg yang overweight."
7. Lupakan tentang gembok untuk koper dan tas travel
Pengguna Reddit bernama nunswithknives mendedahkan: "Gembok pada zip beg pakaian dan beg travel tidak berguna. Anda boleh membuka ritsleting dengan pena dan menutupnya kembali dengan cepat.
"Saya sudah melakukan ini berkali-kali untuk memeriksa beg yang tidak dilabel dan dikunci dengan mangga."
8. Tas boleh hilang? ini alasannya
Rabbit Mix yang bekerja di ruang penataan bagasi lapangan terbang menjelaskan: "Seseorang di ruang penataan Bagasi bekerja tidak benar dengan memasukkannya ke dalam bakul yang salah untuk penerbangan dua jam selepas anda dan tidak menyedarinya sehingga kru mula memuatkan beg pakaian dan beg penumpang di syarikat itu."
atau
"Tas anda terjebak di suatu tempat di conveyor belt atau ban berjalan di lapangan terbang. Atau petugas menghantarnya ke tempat yang salah."
Dia menambah bahawa koper dan tas anda boleh saja diambil untuk menjalani pemeriksaan tambahan, tetapi ini menghabiskan masa lama yang pada akhirnya malah ketinggalan penerbangan anda.
9. Nasib baik bersikap manis terhadap kakitangan penerbangan
Pengguna Reddit ihatcoy mendedahkan: "Semakin anda bersikap manis terhadap kami, semakin banyak yang boleh kami lakukan untuk anda.
"Kehabisan daging lembu? Tanya dengan sopan dan kami akan membawakan Mignon fillet dari kelas satu. Tetangga anda bising? Beritahu kami dengan baik dan kami mungkin dapat mencarikan kerusi yang lebih baik."
"Seringkali ketika penumpang bertindak agresif dan jahat kepada kami, kami akan memberikan perkhidmatan yang minimum dan tidak memberikan bantuan dari yang diperlukan."
Itulah beberapa tips agar penerbangan anda berjalan lancar dan anda mendapat perkhidmatan yang maksimum.
(Sumber: news.com.au)
0 Komentar untuk "9 Rahsia Mengejutkan dari Pengakuan Crew Syarikat penerbangan"