Kisah sedih seorang wanita yang
meninggal dunia akibat penyakit kanser perut telah viral di laman sosial
sejak akhir tahun lepas. Berat badannya dari 60 kg turun menjadi 28 kg
dalam masa 1 tahun dan akhirnya meninggal dunia.
Punca sebenar wanita itu menghidapi
penyakit kanser perut dikatakan kerana terlalu sering makan makanan sisa
semalam. Tetapi sejauh mana kebenaran kisah ini?
Anak gadisnya yang berusia 19 tahun
dengan sangat serius berkongsi perkara tersebut untuk memperingati semua
orang supaya tidak melakukan hal yang sama lagi.
Gadis itu berkata:
“Setiap kali kamu memanaskan sayur lauk sisa kemarin, itu akan menyebabkan nitrite bertambah. Nitrite yang terkandung di dalam makanan jika dimakan dalam jangka waktu yang lama, akan menjadikan itu sebagai racun dan menyebabkan kanser.Semoga setiap keluarga tahu akan hal ini, jangan lagi makan makanan sisa yang di panaskan. Dalam keadaan sekarang, makanan sisa sering dianggap remeh dan masih di amalkan oleh setiap keluarga terutama keluarga golongan sederhana.
Mama saya mengindap kanser lambung(kanser perut), kemoterapi juga sudah dijalankan 8 kali dan mengikuti program pemulihan, namun karena terlalu ganas kanser yang ada dalam tubuhnya membuat beliau meninggal, katanya”
Setelah kisah ini viral di laman sosial,
rata-rata pengguna laman sosial tidak bersetuju dengan andaian gadis
itu. Ada yang memberikan komen-komen seperti berikut:
"X salah klu panas dan mkn
lauk smlm tp tgk dari segi cara pnskan….klu pnskan dlm mickrowave mmg la
x bgs…dh hari2 pakai mickrowave mmg la blh menyebabkan kanser…..tp klu
panaskan di atas dpr gas tiada mslah rasenye…"
"Myb sisa yg dia mkn dh tercemar.. Xsmpn elok2… Punca sebenar jadinya kanser byk sgt.. Bkn sb sisa mknn je.. So kena kaji btl2…"
"Nenek aku dah 50 taun makan sisa semalam xde pun kes mcm ni.. Pigidah..!!"
"mcm pnt nk msk shri 2x sb
tkut mknan xhbis..bila xhbis syg nk dbuang..mcm mn hidup org y ssh
tu..sdgkn sisa smlm xbasi tp xelok dmakan..wallahua’lam"
Pandangan Pakar Perubatan Gastroenterologi, Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Aminuddin Ahmad.
Amalan pemakanan yang sihat penting
dalam menentukan tahap kesihatan seseorang. Bagi kebanyakan penyakit
tentu amalan pemakanan mempunyai kaitan rapat dengan penyakit yang di
hadapi.
Kemungkinan sejenis bahan kimia yang
dikenali sebagai N-nitrosa (NNitrosa compound) yang terhasil daripada
makanan yang mengandungi nitrat yang diubah (selepas di panaskan)
menjadi nitrit mungkin boleh menyebabkan kanser perut berlaku.
- Blogmazeer
0 Komentar untuk "Wanita Kena Kanser Perut Kerana Makan Sisa Semalam"