LaFerrari milik TMJ bewarna ungu yang sungguh menawan | Seperti yang
ramai ketahui keluarga Kerabat Di Raja Johor memang terkenal memiliki
kenderaan yang mewah dan hebat.
Semalam, Tungku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, melalui
laman Facebook JOHOR Southern Tigers telah memuatnaik gambar keretanya
yang sungguh menawan hati setiap lelaki malahan wanita di mana Tunku
telah berangkat mengunjungi Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos
menggunakan LaFerrari berwarna ungu yang sungguh “Superb”.
Menerusi foto berkenaan, Yang Teramat Mulia Tuanku telah memandu sendiri
jentera berkenaan yang hanya ada 499 unit di dunia. LaFerrari ini
dijana oleh enjin 6.3 liter V12 yang mampu menghamburkan kuasa sehingga
789 hp pada 9,000 rpm dan tork 700 Nm pada 6,750 Nm.
Kenderaan mewah LaFerrari ini turut dilengkapi dengan cakera karbon
seramik Brembo pada bahagian hadapan (398 mm) dan belakang (380 mm)
dimana ianya dipadankan dengan suspensi double wishbone pada bahagian
hadapan dan multi-link di belakang.
Selain itu, bagi memantapkan lagi pengendaliannya, ia turut didatangkan
dengan tayar Pirelli P Zero Corsa 265/30 R19 di hadapan dan 345/30R20 di
belakang.
Bagi setiap pembelian LaFerrari ini, pembeli boleh menyertai Ferrari
Personalisation Programme, bagi mendapatkan lebih banyak pilihan
pengkhususan (customisation).
Seperti LaFerrari milik TMJ ini, ia diwarnakan dengan bayangan ungu
gelap, dipadankan bersama warna hitam pada bahagian bumbung dan roda,
bukannya warna klasik Rossa Corsa seperti kebiasaannya.
Berikut adalah pandangan penuh luar dalam LaFerrari.
0 Komentar untuk "LaFerrari milik Tunku Mahkota Johor (16 Gambar) "