PELAKON Mexico yang pernah popular dengan telenovela Rosalinda satu ketika dahulu, iaitu Thalia sebelum ini pernah mengaku membuang tulang rusuknya untuk tujuan kecantikan.
Sikap obses aktres ini demi mengekalkan bentuk pinggang bak ‘gitarnya’ itu telah membuat banyak pihak terkejut.
Terbaharu, Thalia berkongsikan pula ‘rahsia’ awet mudanya meskipun kini sudah berusia 44 tahun.
Menerusi sebuah program temu bual dia memberitahu, tip
kecantikannya agar kulit sentiasa muda adalah mengalami klimaks
berkali-kali pada setiap hari.
Tanpa segan silu dia mendedahkan, mampu mencapai sehingga 50 klimaks sehari.
Thalia yang amat gemarkan ‘aktiviti’ berkenaan sebelum ini pun,
pernah berkongsikan kehidupan fantasi seksnya bersama suami, Tommy
Mottola.
Seperti diketahui, aktiviti seks boleh membuatkan seseorang
itu mengeluarkan peluh jadi mungkin apa yang dimaksudkan Thalia ini
adalah aktiviti berkenaan meninggikan kadar metabolisme badannya dan
secara tidak langsung membuat dia lebih lebih cergas dan awet muda.
0 Komentar untuk "Klimaks Banyak Kali Rahsia Awet Muda Pelakon ‘Rosalinda’"