Kerana Ketampanannya Polis Ini Di Serbu Wanita-Wanita Cantik

Seorang anggota polis trafik yang ditugaskan mengawal acara maraton menyebabkan kesesakan lalu lintas hanya kerana wajahnya yang kacak.

Anggota polis berkenaan yang dikenali sebagai Long dikelilingi peserta maraton, kebanyakannya wanita yang mahu bergambar bersamanya ketika acara berlangsung.

Peminat berkata, anggota polis itu menyerupai pelakon terkenal Hong Kong, Wallace Chung yang mula popular sejak Januari lalu.

Jejaka kacak berkenaan tidak dapat melepaskan diri daripada peminatnya sehinggalah seorang rakan setugas membawanya ke lokasi lebih 'selamat'. Bagaimanapun, Long sebenarnya suami orang.



0 Komentar untuk " Kerana Ketampanannya Polis Ini Di Serbu Wanita-Wanita Cantik"

 
Copyright © 2014 panas panas - All Rights Reserved
Template By Catatan Info