KEJAM dan tidak berperikemanusiaan, itulah ungkapan yang sesuai diberikan kepada kumpulan puak pelampau Islam, ISIS.
Adalah sesuatu yang zalim apabila menjatuhkan hukuman yang berat
kepada seseorang tanpa sebarang usul periksa. Namun, inilah yang
dilakukan oleh ISIS.
Kekejaman dan penindasan yang dilakukan oleh kumpulan ini sememangnya
sudah diketahui penduduk dunia. Bukan setakat membunuh dan memusnahkan
harta benda, mereka juga terkenal sebagai kumpulan yang membawa imej
buruk dan negatif tentang agama suci Islam.
Terbaharu, Pemantau Hak Asasi Manusia Syria melaporkan, ISIS membunuh
25 orang lelaki yang disyaki sebagai gay. Seramai 16 daripada mereka
telah dicampak dengan kejam dari bangunan-bangunan tinggi.
Enam yang lain dilaporkan telah direjam sehingga mati manakala tiga
lagi ditembak di kepala. Tak cukup dengan itu, mangsa-mangsa yang masih
hidup setelah dicampak dari bangunan tinggi akan direjam pula bagi
memastikan mereka benar-benar mati dalam keadaan paling kejam.
Tindakan sebegini dilihat sangat tidak berperi kemanusiaan dan
harus dihentikan. Setiap orang berhak diadili dan menjalani perbicaraan
secara adil sebelum hukuman dijatuhkan. – MYNEWSHUB.CC
Sumber: Metro UK
0 Komentar untuk "ISIS Bunuh 25 Lelaki Disyaki Gay Dengan Cara Paling Kejam"