Berkahwin Dengan Patung.. Lelaki Kacak Ini Bikin Gempar di Media Sosial.

Sebuah foto perkahwinan seorang lelaki dengan seorang wanita telah menggegarkan media sosial. Bukan kerana mereka artis atau pun orang berpengaruh di dunia, tapi kerana sI pengantin wanita adalah sebuah boneka.

Dikatakan bahawa seorang lelaki berasal China baru sahaja didiagnosis mengalami kanser . Salah satu keinginannya sebelum meninggal adalah merasakan megahnya sebuah perkahwinan.

Tidak ingin pasangannya kelak mengalami kehilangan atas dirinya, lelaki ini pun memutuskan untuk menikahi sebuah boneka sex. Dari beberapa gambar perkahwinan mereka yang beredar, terlihat bagaimana romantisnya pasangan ini.




Dalam salah satu foto terlihat pasangan ini saling memeluk di depan tingkap diterangi dengan cahaya matahari. Gambar yang lain memperlihatkan si pengantin wanita mengenakan sebuah gaun ungu yang dihiasi dengan manik-manik  tengah dipeluk si pengantin lelaki dari belakang.

Ada lagi saat si lelaki tengah berlutut dan mencium tangan si "isteri" yang sedang duduk dengan gaun pengantin putih. Meskipun hanya sebuah boneka, "pengantin wanita" itu juga diperlakukan seperti pengantin sebenarnya, termasuk make-up dan juga pakaian yang dikenakan untuk melakukan pose dalam foto. Jika saja pasangan pengantin wanitanya nyata, mungkin pasangan ini sudah membuat banyak orang jadi iri hati.




Sejak tersebar luas di internet, netter China telah mendedahkan pelbagai kemungkinan mengenai alasan keberadaan foto ini. Bahkan, sebahagian ada yang justru berfikir foto ini merupakan sebahagian dari sebuah kempen pemasaran. Namun, sebahagian lainnya mengungkapkan jika lelaki ini memang mengalami kanser dan tidak ingin melukai hati orang dengan berkahwin dengan sebuah boneka.
0 Komentar untuk " Berkahwin Dengan Patung.. Lelaki Kacak Ini Bikin Gempar di Media Sosial."

 
Copyright © 2014 panas panas - All Rights Reserved
Template By Catatan Info