Bentuk Hidung Sering Diejek, Adik Beradik Buat Pembedahan


AKIBAT sering diejek dan diketawakan kerana bentuk hidung yang besar, dua adik beradik dari Chadderton, Greater Manchester, England, nekad menjalani pembedahan bagi ubah bentuk dan rupa hidung mereka.

Bentuk asal hidung Karyse
Bentuk asal hidung Karyse Coley.

Bentuk asal hidung Deanna Coley.
Bentuk asal hidung Deanna Coley.

Karyse Coley, 21; dan Deanna Coley, 19; membelanjakan £7,995 (RM51,289.02) setiap seorang serta memilih hari dan doktor yang sama untuk tujuan ini.

Mereka juga melakukan beberapa kajian terlebih dahulu sebelum memilih Dr. Riccardo Frati di London yang bertanggungjawab untuk melakukan pembedahan ini.

Kedua-dua mereka telah mengambil masa yang agak lama bagi memilih bentuk hidung yang betul-betul sesuai dengan struktur wajah mereka.

Akhirnya, kedua-dua mereka bersetuju untuk menjadikan bentuk hidung Karrueche Tran, bekas teman wanita Chris Brown sebagai pilihan mereka.

Bentuk hidung Karrueche Tran menjadi pilihan dua beradik ini.
Bentuk hidung Karrueche Tran menjadi pilihan dua beradik ini.

Pembedahan ini hanya mengambil masa setengah jam untuk Karyse, namun tiga pembedahan susulan terpaksa dilakukan untuk adiknya Deanna kerana pembentukkan hidung ‘barunya’ itu mengambil masa yang sangat lama.

Wajah mereka setelah menjalani pembedahan menukar hidung.
Wajah mereka setelah menjalani pembedahan menukar hidung.

Kini, mereka nyata sangat gembira dengan rupa baharu hidung mereka ini. Karyse berkata, kini dia dan adiknya sudah mempunyai keyakinan yang tinggi untuk berselfie seperti gadis lain kerana perubahan yang ketara ini.

Adik beradik ini turut buka satu akaun baharu di laman Instagram dengan nama, Twinrhino, dan mereka juga bersedia untuk membantu dan memberikan khidmat nasihat buat mereka yang mengalami masalah yang sama.

Kami berharap agar anda di luar sana tidak terpengaruh dengan kisah adik-beradik ini. Ingatlah, kita seharusnya sentiasa bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan kepada kita. –
Sumber: Mail Online
0 Komentar untuk "Bentuk Hidung Sering Diejek, Adik Beradik Buat Pembedahan"

 
Copyright © 2014 panas panas - All Rights Reserved
Template By Catatan Info