Video: Merinding dan Gatal? Dipastikan anda Menderita Trypophobia!

Video : Merinding dan Gatal? Dipastikan Anda Menderita Trypophobia!
   

Fobia merupakan salah satu penyakit psikologi yang membuat seseorang mempunyai rasa takut yang berlebihan terhadap sesuatu perkara. Orang yang mempunyai fobia boleh terbantut kehidupannya kerana rasa takutnya tersebut. Walaupun tak jarang para pengidap fobia seringkali menjadi bahan jenaka orang terdekat mereka.Salah satunya adalah trypophobia, iaitu fobia rasa takut apabila melihat lubang-lubang kecil yang mempunyai corak yang berulang, seperti sarang lebah, terumbu karang, sarang semut, kumpulan gelembung dan lain-lain.Saat berhadapan dengan benda-benda berlubang, pesakit trypophobia akan mengalami rasa jijik yang hebat, perut mual, migrain, merinding, peluh sejuk, kulit terasa gatal-gatal, dan lain-lain. Kesan ini berlaku kerana para pesakit trypophobia melihat persamaan pola berlubang tersebut seperti haiwan beracun atau seumpamanya.Menurut Arnold Wilkins dan Geoff Cole, para penyelidik yang melakukan kajian terhadap trypophobia pertama kali. Dari hasil penelitian yang dilakukan, dapat disimpulkan bahawa ketakutan yang dirasakan lebih ke arah jijik ketimbang rasa takut.


Sampai saat ini belum dapat diketahui penyebab dari trypophobia. Namun beberapa orang ahli menyimpulkan bahawa trypophobia sudah dialami sejak anak-anak, atau mengalami trauma terhadap sesuatu yang berlubang pada masa lampau.

Penyembuhan trypophobia ini boleh dilakukan dengan cara pendekatan. Anda harus mula memberanikan diri melihat gambar lubang-lubang pada tubuh manusia dari jarak jauh terlebih dulu. Kemudian jika sudah terbiasa, sediki demi sedikit didekatkan foto tersebut kearah anda. Hingga akhirnya anda berani melihat objek berlubang itu dari jarak yang sangat dekat.

Dan berikut video untuk ujian sama ada anda mengalami trypophobia atau tidak:
0 Komentar untuk "Video: Merinding dan Gatal? Dipastikan anda Menderita Trypophobia!"

 
Copyright © 2014 panas panas - All Rights Reserved
Template By Catatan Info