
Polis Jepun pada Sabtu
berjaya cekup seorang pelawak popular negara itu, Kenichi Takahashi, 44
tahun; yang disyaki mencuri puluhan pakaian seragam pelajar perempuan
untuk memuaskan nafsu fantasi seks dirinya.
Aktor komedi terkenal itu merupakan anggota duo kumpulan King of Comedy dan mereka pernah memenangi pertandingan tahunan kebangsaan King of Contest pada 2010 yang disertai pelbagai kumpulan lawak tempatan.

Lebih mengejutkan, para
penyiasat turut mengesyaki ada sebilangan pakaian terbabit yang dicuri
dari sekolah-sekolah di mukim Saitama dan Kanagawa berdasarkan kepada
kepelbagaian logo institusi terlibat sendiri.
Takahashi dalam pada itu
mengaku sudah menjalankan aktiviti tersebut lebih 20 tahun lalu dengan
memecah masuk sekolah menggunakan sebuah trak milik dirinya sebelum
mencuri pakaian pelajar perempuan terbabit.
Dia mendakwa suka
menghidu bau aroma semula jadi pada pakaian berkenaan bagi merangsang
nafsu seks dan membayangkan sedang mengadakan hubungan badan dengan
tubuh pelajar seksi yang diimpikannya itu pula.
Kegiatan Takahashi
bagaimanapun terbongkar selepas kamera litar tertutup di sebuah sekolah
berjaya merakam trak suspek sekali gus membawa penangkapan pelawak
sensasi itu pada Sabtu. – Agensi
0 Komentar untuk "Raja Lawak Jepun Curi Puluhan Skirt Pelajar Demi Puas Nafsu "