Jika dibandingkan dengan negara
Zimbabwe, ibu-ibu yang melahirkan anak di di sini amatlah beruntung. Di
salah satu negara termiskin di Afrika itu, ibu yang melahirkan anak di
hospitah akan didenda US $ 5 setiap kali menjerit.
Di negara ini, korupsi yang terjadi
sudah menjadi begitu sistemik. Sebuah laporan yang ditulis Transparency
International menyatakan bahawa 62 peratus penduduk Zimbabwe mengaku
sudah membayar rasuah dalam waktu 1 tahun terakhir.
Di Zimbabwe, pendapatan tahunan
rata-rata setiap orang adalah sekitar US $ 150 . Jika hospital
mengenakan bayaran bersalinan sebanyak US $ 50, ertinya ibu yang
menjerit beberapa kali selama ketika hendah bersalin akan berhutang
separuh daripada pendapatan tahunannya setelah melahirkan bayinya.
Ironinya, sebanyak 95 peratus penduduk
negara ini adalah penganggur dan kemiskinan berleluasa. Menurut
Transparency International, ibu yang melahirkan anak tidak mampu
membayar terkadang ditahan di hospital dan dikenakan bayaran sehingga
boleh ditebus oleh keluarganya.
Akibatnya, banyak ibu-ibu di Zimbabwe
memilih melahirkan anak di rumah kerana tidak mampu membayar kos.
LPaporan PBB menjelaskan bahawa rata-rata, ada 8 ibu meninggal ketika
melahirkan anak setiap hari di Zimbabwe.
0 Komentar untuk "Peraturan Paling Pelik Di Zimbabwe Yang Pasti Menggerunkan Anda"