Ollie Trezise Si Bayi Pinocchio Kebanggaan Ibu


“INILAH Pinocchio yang sebenar,” kata seorang wanita, Amy Poole, 22, yang bangga dengan anaknya, Ollie Trezise, walaupun dilahirkan dengan kecacatan di bahagian hidung hingga kelihatan seperti watak kartun Pinocchio.

Ollie, 21 bulan, dilahirkan dengan keadaan yang jarang berlaku di mana otaknya membesar di celah retakan di tengkorak dan masuk ke dalam hidung.
Bayi itu terpaksa melalui beberapa pembedahan yang menyakitkan untuk membantunya bernafas serta menutup keretakan di tengkoroknya.

“Bayi saya dikeji dengan kata-kata yang amat menyakitkan. Ada yang memanggilnya hodoh dan ada yang kata Ollie tidak sepatutnya dilahirkan. Ianya amat menyedihkan,’’ kata Amy, ibu tunggal yang mempunyai seorang lagi anak.

Bayi Pinocchio

Menurut Amy, seorang wanita pernah memberitahu dia tidak sepatutnya melahirkan Ollie, membuatkan dia menangis kerana anak itu sudah cukup sempurna di matanya.

“Pada mulanya saya tidak tahu sama ada saya boleh menerima keadaan Ollie namun akhirnya saya tahu saya amat sayangkannya,’’ kata Amy.

Bagaimanapun, Amy mengakui masih tidak dapat melupakan perasaan terkejut ketika kali pertama melihat keadaan anaknya itu sewaktu baru dilahirkan di Hospital Universiti pada Februari 2014. – MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "Ollie Trezise Si Bayi Pinocchio Kebanggaan Ibu"

 
Copyright © 2014 panas panas - All Rights Reserved
Template By Catatan Info