Majlis 'Baby Shower' Makan Dalam Pampers Ganti Pinggan, Rakan Tampil Cerita Kisah Sebenar



Sejak beberapa hari lalu tersebar gambar kontroversi majlis 'baby shower' yang menggunakan pampers sebagai ganti pinggan untuk meletak makanan, kisah berkenaan menjadi bualan ramai netizen.

Gambar tersebut yang dikongsi di laman Instagram berkepsyen "No plates today! Fine dining in nappies at @a*****ann's baby shower," rata-ratanya menerima kritikan daripada netizen di mana mereka menyifatkan ia adalah gaya hidup hispter yang melampau.

Berikutkan kisah tersebut menjadi lebih panas, seorang wanita bernama Aida Zabidi yang merupakan rakan kepada penganjur majlis tersebut telah tampil memberikan penjelasan tentang sebenarnya apa yang terjadi
Menurut Aida, beliau menghadiri majlis tersebut dan berikut adalah tulisan penjelasannya.

Pada hujung minggu, saya telah menghadiri majlis kesyukuran untuk rakan yang mengandung.

Salah seorang penganjur telah mengusik kami untuk menggunakan pampers untuk memakan kek, seperti gelagat 'Teka Coklat Di Pampers'. Ada antara hadirin yang tidak sanggup, tapi ada antara kami yang tidak kisah - seperti dikatakan, kalau cukup bersih untuk anak, mestilah cukup bersih untuk kami.

Sungguh tidak disangkakan gambar-gambar tersebut diviralkan - beberapa laman telah mengambil gambar tersebut di Instagram tanpa etika atau tatacara, tanpa menyorokkan muka atau nama akaun, dah seterusnya, penuh dengan kemarahan 'keyboard warriors'.

Majlis 'Baby Shower' Makan Dalam Pampers Ganti Pinggan, Rakan Tampil Cerita Kisah Sebenar1

Setiap individu ada hak untuk berbicara bebas, dan setiap individu juga ada hak untuk membuat yang mereka suka dalam hidup sendiri, selagi tidak menyakiti orang lain dalam proses.
Terdapat, bagaimanapun, adab tertentu untuk setiap keadaan.

Pertama sekali, ini adalah satu acara peribadi dan jenaka yang diambil di luar konteks. Kami sekumpulan rakan yang sedang meraikan rakan yang lain, dan walaupun, sesetengah orang mungkin berpendapat tindakan itu tidak patut, tidak bermakna anda dapat mengambil gambar peribadi dan menyebarkan ke seluruh Internet.

Kedua, jika niat adalah untuk 'menasihati', terdapat cara yang lebih baik untuk melakukannya; tidak termasuk jenis komen daripada orang ramai - dari kata-kata memaki ibu mengandung, hingga bermacam-macam kata kasar yang lain.

Sebagai manusia, memang ada salah silap, tapi itu lah kekurangan kami semua sebagai manusia. Mungkin mereka telah mendapat teladan daripada peristiwa ini, tapi dosa kata-kata kasar boleh la tanggung sendiri. Bukan tak boleh tegur, tapi buat lah dengan cara yang baik, sebagaimana akan menegur keluarga sendiri.
Saya berharap orang-orang ini belajar untuk menjaga kata-kata mereka, dan mengharap bahawa karma tidak melantun kembali kepada anda apabila membuat kesilapan dan mengumumkan keaiban anda kepada dunia.
0 Komentar untuk "Majlis 'Baby Shower' Makan Dalam Pampers Ganti Pinggan, Rakan Tampil Cerita Kisah Sebenar"

 
Copyright © 2014 panas panas - All Rights Reserved
Template By Catatan Info