Kereta Sangkut 3 Hari Jalan Sesak 48 Kilometer


Jika selama ini mungkin ramai beranggapan bahawa kesesakan lalulintas di kuala lumpur sebagai teruk, mungkin kisah berlaku di Kenya baru-baru ini lebih dahsyat dan tidak dilaporkan begitu meluas.



Kesesakan jauh lebih parah itu hanya akan anda temui jika berada di negara benua Afrika tersebut ekoran sistem prasarana tidak sepenuhnya baik, malah barisan panjang kenderaan boleh capai puluhan kilometer jarak jauhnya.

Menurut laporan stesen penyiaran antarabangsa BBC, kesesakan rutin berkenaan sering terjadi di jalan utama menghubungkan antara bandar raya pelabuhan terkenal, Mombasa ke ibu kotanya, Nairobi sejak sekian lama.
Di wilayah tersebut, jarak panjang kenderaan berbaris akibat kesesakan trafik boleh mencapai 48 kilometer dan semua pemandu sama ada suka atau tidak pasti akan terperangkap selama tiga hari sebelum tiba di destinasi.
Situasi ini masih lagi dianggap biasa sahaja dan bukan pun pelik bagi penduduk, namun keadaan menjadi lebih bertambah buruk apabila hujan lebat dan jauh amat parah jika berlaku kes kemalangan waima bersifat agak kecil.
Beberapa pemandu trak yang bosan menunggu terpaksa melintasi sisi kosong di bahu jalan tetapi keadaan hujan turun sangat lebat membuatkan jalan yang sebahagian masih berupa tanah merah, berubah jadi kubang lumpur.
Meskipun sudah dianggap sebagai sangat parah bagi mereka yang tidak biasa mengalaminya, bagaimanapun kesesakan ini ternyata tidak seberapa jika dibandingkan dengan apa yang pernah terjadi di China pada 2010 lalu.
Di negara ‘beruang panda’ itu, pernah berlaku kesesakan paling teruk dalam rekod sejarah dunia apabila barisan panjang kenderaan mencapai jarak 100 kilometer dan perjalanan mengambil masa selama 12 hari ke Beijing.
0 Komentar untuk "Kereta Sangkut 3 Hari Jalan Sesak 48 Kilometer "

 
Copyright © 2014 panas panas - All Rights Reserved
Template By Catatan Info