SEBUAH restoran di China dirakam melakukan penganiayaan terhadap tikus dengan merebus haiwan itu hidup-hidup dengan air panas. Lebih kejam, pekerja restoran kemudiannya ditugaskan pula mencabut kesemua bulu tikus dengan tangan.
Gambar menunjukkan tikus-tikus ini direndam hidup-hidup dalam air yang panas.
Selepas bertindak merendam tikus-tikus dalam baldi berisi air panas, mereka terus mengulangi perbuatan tersebut beberapa kali hinggalah kesemua bulu dapat tikus dapat dicabut dengan mudah.
Selepas itu, barulah tikus-tikus ini sedia untuk dimasak pelbagai hidangan. Kasihan.. – Agensi/MYNEWSHUBCC
0 Komentar untuk "Kejam! Tikus Direbus Hidup-Hidup Sebelum Dimasak"