ini ialah sebuah Chindogu dari Jepun yang
direka khas untuk mereka yang pemalas. Chin Rest Arm ialah tetongkat
yang boleh menahan dagu anda ketika bekerja di depan meja. Anda tidak
perlu lagi menopang dagu secara manual. Sambungkan Chin Rest Arm pada
meja dan dagu anda akan ditopang tangan palsu yang diperbuat daripada
silikon lembut ini. Ia juga boleh berubah mejadi bantal lengan sekiranya
perlu. Harga jualan idea genius ini ialah Yen 4980 (RM 169)sebatang.
Kalau cepat bosan di tempat kerja inilah alat yang diperlukan anda pada
kadar segera!



Sumber Thanko
0 Komentar untuk "KAYU PENAHAN DAGU DARI JEPUN - SEBUAH LAGI REKAAN ANEH UNTUK MANUSIA MALAS (10 GAMBAR)"