Inilah Manusia Paling Banyak Gigi Yang Diiktiraf Oleh Rekod Dunia Guinness


NEW DELHI – Purata setiap manusia memiliki 32 gigi, tetapi bagi warga India ini, Vijay Kumar, dia mempunyai lebih banyak daripada itu.

Kumar dari Bangalore, dekat sini diiktiraf oleh pihak Rekod Dunia Guinness sebagai orang yang mempunyai paling banyak gigi, 37 semuanya.

Lelaki berusia 27 tahun itu mula menyedari dia memiliki sesuatu yang luar biasa di dalam mulutnya ketika berumur belasan tahun.

Bagaimanapun, dia hanya cuba untuk mendapatkan pengiktirafan secara rasmi daripada pihak Guinness beberapa tahun lalu.

Kini dia bangga dengan pengiktirafan tersebut yang dianggapnya sesuai dengan cabaran dihadapinya setiap hari.

“Ke mana saya pergi, saya menggosok gigi setiap kali selepas makan. Jika tidak, saya tidak rasa selesa kerana ada saja sisa makanan terselit pada gigi, lebih-lebih lagi di bahagian atas.

Mendapat pengiktirafan Guinness sebenarnya adalah langkah yang pertama.

Namun, bahagian paling sukar ialah merakam gambarnya, menurut jurugambar Guinness, Ranald MacKechnie. – Agensi

Related Post

0 Komentar untuk "Inilah Manusia Paling Banyak Gigi Yang Diiktiraf Oleh Rekod Dunia Guinness"

 
Copyright © 2014 panas panas - All Rights Reserved
Template By Catatan Info