Selepas
hilang selama setengah abad, gambar-gambar bersejarah pemimpin revolusi
Cuba, Ernesto Che Guevara yang diambil oleh seorang jurugambar AFP
ditemui di sebuah bandar kecil di Sepanyol baru-baru ini.
Pemimpin gerila berjanggut hitam itu
kelihatan terlantar tidak bernyawa di atas pengusung dengan mata
terbuka, dada dipenuhi darah dan kotoran dalam lapan gambar hitam putih
yang diambil selepas dia ditembak oleh tentera Bolivia pada bulan
Oktober 1967.
Gambar
diambil pada tahun 1965 menunjukkan Guevara (kiri) berkhemah di dalam
hutan bersama pejuang Cuba yang lain semasa gerakan gerila di Congo.
Pejuang revolusi yang lahir di Argentina pada tahun 1928 itu telah
membantu bekas Presiden Cuba, Fidel Castro menggulingkan diktator
Fulgencio Batista pada tahun 1959.
Bagaimanapun, Guevara dihukum mati pada tahun 1967 ketika cuba melancarkan revolusi sama di Bolivia.
Gambar-gambar tersebut adalah milik Imanol Arteaga iaitu seorang ahli majlis tempatan di bandar Sepanyol utara Ricla.
Gambar tersebut diwarisi daripada bapa saudaranya, Luis Cuartero iaitu seorang mubaligh di Bolivia pada tahun 1960-an.
“Dia membawa balik gambar-gambar ini ketika menghadiri majlis perkahwinan ibu bapa saya pada November 1967.
“Ibu saudara dan ibu saya memberitahu,
seorang wartawan Perancis telah memberikan gambar-gambar itu kepadanya,”
kata Arteaga yang berusia 45 tahun.
Dia dan ibu saudaranya menjumpai
gambar-gambar itu di samping barang-barang milik Cuartero yang mati
ketika berjuang pada tahun 2012.
“Saya masih ingat bahawa dia mempunyai gambar Guevara dan ibu saudara saya memberitahu, dia tahu di mana mereka berada.
“Gambar-gambar itu berada dalam kotak bersama-sama dengan foto-foto Bolivia yang lain,” kata Arteaga.
Dalam pada itu, gambar-gambar yang
diambil oleh wartawan AFP, Marc Hutten selepas Guevara dibunuh oleh
tentera Bolivia disiarkan dalam media antarabangsa pada masa itu.
Namun, penemuan baharu mendapati,
gambar-gambar itu telah diambil pada masa yang berlainan. Di dalam
gambar itu, Guevara muncul dengan rambut kusut dan jaket kasar berbutang
di dadanya.
Pakar mendakwa, gambar Guevara (terbaring) yang ditemui itu diambil pada tahun 1960-an.
Penyembunyian gambar-gambar pejuang itu turut menemukan gambar yang
kononnya adalah mayat teman revolusinya, Tamara Bunke. Mayat Bunke
berada di atas pengusung dengan keadaan mukanya hancur.
Merupakan seorang doktor kelahiran Argentina, Guevara menjadi terkenal sebagai anggota kanan Castro.
Dia diburu oleh Agensi Perisikan Pusat
(CIA) dan ditangkap tentera di Bolivia pada 8 Oktober 1967 sebelum
dibunuh pada hari berikutnya.
Mayatnya dipertontonkan kepada penduduk dan wartawan di kampung Vallegrande, Bolivia sebelum disemadikan secara rahsia.
Arteaga percaya Hutten yang telah
memberikan gambar-gambar itu kepada Cuartero, mungkin sebagai pertukaran
untuk keluar cepat dari negara berkenaan.
“Dia menyuruh bapa saudara saya untuk
mengambil gambar tersebut kerana dia merupakan satu-satunya warga Eropah
yang meninggalkan Bolivia pada masa itu.
“Selepas Arteaga menjumpai semula gambar
itu, dia memberitahu bahawa dia ada membuat carian di internet dengan
kata kunci kematian wartawan Perancis dan nama Hutten keluar bersama
beberapa keping gambar seperti milik saya ini,” katanya.
Selepas Cuartero mengambil gambar-gambar
berkenaan, keluarganya tidak lagi berhubung dengan Hutten yang kemudian
meninggal dunia pada Mac 2012.
Gambar-gambar tersebut telah dikaji oleh
seorang pakar dan mendakwa, ia dicetak pada sejenis kertas yang tidak
dihasilkan lagi selama beberapa dekad. Dia mengesahkan bahawa gambar itu
diambil pada tahun 1960-an.
“Hutten memberitahu kami bahawa dia
menghantar empat atau lima gulungan gambar kepada AFP di Paris,” kata
ketua fotografi untuk Eropah dan rantau Afrika di agensi berita dunia,
Sylvain Estibal.
Bagaimanapun, Estibal memberitahu,
apabila Hutten melewati Paris iaitu beberapa bulan selepas kematian
Guevara, dia mendapati hanya beberapa gambar miliknya bersama kumpulan
itu telah diberikan kepada pengarang.
“Di mana gambar selebihnya masih lagi misteri.”
Arteaga berkata, setiap hari dia
bercakap dengan bapa saudara kesayangannya itu sepanjang tempoh 14 tahun
terakhir hidupnya. Namun, kisah gambar-gambar berkenaan tidak pernah
diceritakannya.
“Apa yang penting bagi saya adalah
gambar-gambar ini kepunyaan bapa saudara saya. Ia mempunyai nilai
sentimental tetapi saya juga sedar bahawa gambar-gambar ini mempunyai
nilai sejarah,” kata Arteaga.
0 Komentar untuk "Gambar Mayat Che Guevara Ditemui Selepas 47 Tahun Beliau Dibunuh"