Di Laos terdapat sebuah desa kecil yang
ramai dikunjungi pelancong, iaitu desa Vang Vieng. Desa ini dikenali
sebagai syurga para backpacker.
Desa Vang Vieng di Laos awalnya
merupakan sebuah desa pelancongan yang mempunyai pemandangan indah dan
suasana tenang. Desa ini terletak di Wilayah Vientiane, sekira empat jam
perjalanan dari Ibu Kota Laos, Vientiane. Sejak dulu, desa ini memang
telah menjadi pusat para backpacker dari Eropah dan Australia.
Dulu, setiap minggu pasti ada saja
pembangunan guest house baru di Vang Vieng. Sehingga desa ini dipenuhi
bar, kafe, serta penginapan yang setiap harinya memasang muzik-muzik
keras. Daya tarik Vang Vieng kini adalah bir dan narkotik, yang boleh
didapati dengan harga sangat murah di hampir semua bar dan kafe yang ada
di desa ini.
Tarikan utama di desa ini adalah
berenang di Sungai Nam Song menggunakan pelampung besar (tubing), dan
menurut tempat penyewaan ban tersebut, setiap harinya ada lebih dari 500
pelampung yang disewa. setiap harinya jalanan di desa ini dipenuhi para
pelancong yang mabuk-mabuk dan berpakaian tidak penuh serta berpesta
semalaman suntuk.
Backpacker ini menghabiskan
sekurang-kurangnya dua minggu hingga sebulan di Desa Vang Vieng. Mereka
bahkan bekerja di bar dan kafe untuk mendapatkan penginapan serta
minuman percuma sepuasnya. Malangnya, sejak aktiviti tubing dilarang
kerajaan kerana berbahaya, Vang Vieng menjadi semakin sepi dari
backpacker asing.
0 Komentar untuk "Desa Kecil Ini Merupakan Syurga Bagi Mereka Yang Suka Berpesta"