Tak kira adat apa pun, setiap kaum memiliki adat dan tradisi yang menjadi lambang atau jati diri seseorang.
Di bawah adalah senarai 5 fakta berkaitan adat dan tradisi paling pelik di dunia.
Di bawah adalah senarai 5 fakta berkaitan adat dan tradisi paling pelik di dunia.
Ikuti sepenuhnya di bawah:
Nombor 5: 'Alakachu' - Culik perempuan mana-mana yang disukai untuk dijadikan isteri (Kyrgyzstan)
Motif utama wanita di negara ini diculik bukannya untuk menuntut wang tebusan, tetapi untuk dijadikan ISTERI.
Itulah sebahagian adat pelik yang
diamalkan masyarakat di Kyrgyzstan dimana perempuan boleh diculik
bila-bila masa sahaja untuk dijadikan isteri. Inilah satu-satunya negara
di dunia dimana kes penculikan dianggarkan berlaku setiap 40 minit dan
adat tradisi ini dipanggil 'Alakachu' yang bermaksud 'Rebut & Lari'.
Caranya adalah, para lelaki akan memandu
sekitar bandar untukmencari bakal isterinya, jika terjumpalah mana-mana
wanita yang berkenan di hati, perempuan tersebut akan diheret ke dalam
kereta dan terus di bawa lari ke ruma lelaki itu. Tambahan lagi keluarga
pihak lelaki telah membuat persiapan untuk majlis perkahwinan tersebut.
Setibanya 'pengantin' perempuan,
keluarga pihak lelaki akan berusaha sedaya upaya memujuk perempuan itu
untuk bersetuju dengan perkahwinan tersebut.
Secara statistik, 50% wanita negara itu
yang telah berkahwin sekarang adalah mangsa penculikan. Sebab itulah kes
bunuh diri dan penceraian seringkali berlaku di Kyrgyzstan.
Nombor 4: 'Sarung Tangan Semut Peluru' (Brazil)
Seperti sarung tangan oven tetapi didalamnya dipenuhi dengan puluhan ekor semut. Semut peluru ini berukuran sepanjang 1 inci dan untuk info dalam statistik sengatan serangga, semut peluru menduduki tempat pertama dengan sengatan paling ekstrim.
Tradisi sadis ini merupakan amalan
sebuah puak di Brazil. Salah satu proses peralihan remaja untuk menjadi
seorang dewasa perlu menjalani amalan ujian ini.
Selama 10 minit mereka akan dipakaikan
sarung tangan yang dikerumuni oleh semut ini dan untuk mengurangkan
kesakitan yang dialami, peserta akan diminta menari dengan iringan muzik
dan disorak oleh penduduk kampung.
Walaupun begitu remaja tersebut bukan
hanya melalui ritual ini sekali seumur hidup, sekurang-kurangnya mereka
terpaksa melalui 20 kali sepanjang hidup dan barulah remaja-remaja
disana dianggap lelaki sejati.
Nombor 3: Ratu Hodoh (England)
Kalau kita biasa dengar pertandingan ratu cantik, di England mereka ada pertandingan Ratu Hodoh. Inilah dinamakan World Gurning Championship dimana semua peserta bertanding untuk membuat raut muka yang hodoh sekali.
Peraturannya adalah peserta yang dapat mengubah wajah mereka kepada yang ekstrim hodoh dan mengerikan akan muncul sebagai juara.
World Gurning Championship telah bermula
sejak tahun 1269 dan diasaskan oleh King Henry III. Usia pertandingan
ini mencecah hampir 800 tahun dan sememangnya pertandingan ini mendapat
sambutan hangat di England.
Rekod kemenangan 15 kali berturut-turut dalam pertandingan ini dipegang oleh Tommy Mattison.
Nombor 2: El Colacho - Melompat Atas Bayi (Sepanyol)
Tradisi ini dinamakan di Sepanyol
sebagai El Colacho dimana seorang lelaki akan memakai topeng yang
menyerupai syaitan. 'Syaitan' ini akan berlari dan terus melompat diatas
bayi. Festival ini diadakan setiap tahun sempena meraikan perayaan
Corpus Chrtisti sebuah perayaan Katolik.
Bayi-bayi tersebut akan dibaringkan
diatas tilam dan sekumpulan lelaki El Colacho inilah melompat melangkaui
bayi-bayi ini, dan bayangkan kalau mereka terpijak?
Walaupun begitu, Pope Benedict Ke-16 telah memberi amaran supaya menjauhi adat dan ritual aneh ini.
Tradisi pelik ini dipercayai boleh menghapuskan dosa serta melindungi bayi dari anasir jahat kononnya.
Nombor 1: Sati - Bunuh Diri Untuk Suami (India)
Sati adalah satu tradisi kuno di India
yang telah diamalkan sejak berabad-abad lalu. Kebiasaannya balu yang
kematian suami akan melompat ke dalam api yang sedang marak semasa
upacara membakar mayat suaminya dan ia dianggap sebagai satu cara yang
mulia untuk menunjukkan pengorbanan sebagai seorang isteri yang setia.
Mengikut kepercayaan Sati dilakukan
kerana nilai diri seorang balu tanpa suami dianggap sangat rendah
dikalangan masyarakat. Sati dikaitkan dengan unsur keagamaan, tapi
sebenarnya banyak teori lain tentang kenapa adat kontorversi ini boleh
wujud?
Ada pendapat sahih mengatakan bahawa majoriti balu yang melaksanakan Sati ini sebenarnya dipaksa atau dengan kata lain dibunuh.
Pendapat ini berkait rapat dengan
bukti-bukti bahawa waris keluarga mendiang suami hidup senang hasil
harta warisan yang dibolot.
Walaupun begitu, amalan Sati pada masa kini sudah diharamkan di India. -HarianBlogger.Com
0 Komentar untuk "Adat Pelik Dan Menakutkan, Culik Perempuan Mana-mana Yang Disukai Untuk Dijadikan Isteri (Gambar)"