5 Perkara Perlu Anda Buat Ketika Usia 20 Tahun

Usia 20 an merupakan zaman muda yang paling terbaik dalam hidup. Kalau tak percaya, cuba tanya orang-orang disekeliling anda dan admin pasti mesti ramai yang bersetuju! Berikut merupakan 5 perkara yang harus anda lakukan ketika berusia 20 tahun.

1) Mengembara Selagi Ada Peluang

Perjalanan menjadi semakin sukar apabila umur semakin meningkat dewasa, terutamanya apabila anda semua sudah berkeluarga dan terikat dengan pelbagai komitmen. Kesemua itu akan menjadi satu penghalang disebabkan untuk mengekalkan keutamaan anda dalam perbelanjaan. Menggembaralah selagi anda semua masih mempunyai masa dan kebebasan pada usia 20 tahun.

2) Mengumpul Duit Untuk Kesenangan
.

Memandangkan usia semakin berumur, kos sara hidup semakin tinggi, jadi eloklah jika anda semua mula mengumpul duit dan banyakkan berjimat untuk kegunaan masa depan. Wang yang disimpan boleh diguna di saat kita memerlukannya.

3) Belajar Di Universiti
Menjadi satu kemestian di usia 20 untuk anda menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Persekitaran belajar di Universiti tidak sama seperti belajar di sekolah. Anda akan menjumpai ramai kawan, kenalan, gaya hidup yang lebih matang ,berpelajaran dan sebagainya. Selain itu, jangan sia-sia kan peluang jika diberi tawaran untuk menyambung pelajaran ke luar Negara. Peluang keemasan hanya datang sekali seumur hidup.

4) Bergaul Dengan Ramai Kenalan
Warnakan zaman muda anda dengan mengenali ramai kenalan, jangan sombong dan jadilah seorang yang peramah. Kawan-kawan yang ramai akan menceriakan hidup anda. Tetapi, anda semua harus beringat dan jangan sesekali salah pilih kawan ya !

5) Luangkan Masa Dengan Keluarga
Keluarga sentiasa harus didahulukan dari semua perkara. Luangkan kualiti masa anda dengan keluarga tercinta. Hargai masa anda dengan orang tersayang sebelum terikat dengan keluarga sendiri, komitmen, kerja dan sebagainya. Ibubapa adalah segala-galanya.

Rujukan: Saja Kongsi 
0 Komentar untuk "5 Perkara Perlu Anda Buat Ketika Usia 20 Tahun "

 
Copyright © 2014 panas panas - All Rights Reserved
Template By Catatan Info