PERNAH bayangkan bagaimana rasanya jika anda terpaksa melarikan diri daripada dikejar oleh seorang psikopat persis filem-filem thriller Hollywood?
Mungkin ada antara kita yang belajar seni mempertahankan diri
seperti jiujitsu atau taekwondo dan tidak berasa terlalu gentar dengan
ancaman penjahat.
Namun, secara jujurnya, tiada siapa pun yang akan sentiasa dalam keadaan sedar atau fokus ketika ‘dihendap’.
Inilah yang betul-betul berlaku pada seorang pelajar Kolej KDU
apabila melalui pengalaman diikuti seorang lelaki tidak dikenali ketika
dia sedang bersiar-siar di dalam gedung beli-belah terkenal, Empire
Subang Jaya.
Insiden tersebut telah meninggalkan kesan begitu mendalam terhadap
pelajar perempuan yang bernama Annekie Kow , sehingga bertindak
untuk memuat naik status dan gambar-gambar stalker itu menerusi laman Facebooknya.
Dalam status itu, Annekie menceritakan bahawa segalanya bermula
apabila dia sedang berjalan-jalan di dalam pusat beli-belah tersebut
sementara menunggu teman lelakinya menjalani rawatan wajah di sebuah
studio dalam premis berkenaan.
Sewaktu beliau menaiki eskalator, tiba-tiba seorang lelaki berdiri di
belakangnya dengan jarak yang terlalu dekat sambil tersenyum. Tidak
selesa dengan keadaan itu, Annekie hanya membalas dengan senyuman tawar.
Pelajar itu kemudiannya masuk ke dalam kedai Daiso, namun terkejut
apabila mendapati lelaki berkenaan turut mengikutnya masuk kedai
tersebut!
Untuk memastikan dia tidak sekadar bersangka buruk atau paranoid,
Annekie pura-pura beredar ke lorong-lorong lain kedai tersebut untuk
melihat sama ada betul atau tidak lelaki tersebut memang mengekorinya.
Rupa-rupanya memang ‘si gila’ tersebut mengikutinya ke setiap sudut kedai itu dari belakang!
Kaget dengan tindakan lelaki tersebut yang beberapa kali cuba berdiri
rapat dengan tubuhnya, Annekie kemudian beredar daripada kedai itu dan
terus hubungi teman lelakinya untuk beritahu tentang insiden tersebut.
Risau jika perkara yang buruk berlaku pada teman wanitanya, teman
lelaki Annekie kemudiannya menyuruh gadis itu menunggu di dalam studio
tempatnya melakukan rawatan wajah.
Namun, stalker tersebut masih mengekori Annekie ke studio
itu sehingga beliau terpaksa menyorok dan memberitahu pakar kecantikan
di situ tentang apa yang berlaku,
Lelaki gila seks itu bagaimanapun masih belum menunjukkan tanda-tanda
untuk putus asa pada masa itu, dan bertindak untuk menunggu di luar
premis berkenaan.
Dia kemudiannya beredar secara tergesa-gesa apabila terperasan gambarnya dirakam Annekie.
Annekie kemudiannya menggunakan gambar-gambar yang sempat dirakamkan
itu untuk memberi peringatan kepada semua khususnya kaum wanita menerusi
laman akaun Facebook miliknya.
Status tersebut telah mendapat perhatian netizen dan menjadi viral serta-merta, dengan 2,000 kongsian dalam tempoh 16 jam.
Ada juga netizen yang menyimpulkan bahawa pakaian Annekie yang
terlalu seksi mungkin menjadi ‘pencetus’ keghairahan sukar dibendung
lelaki tersebut.
Namun, menuding jari pada pemakaian seseorang sememangnya satu
pendapat yang dangkal. Dan Annekie pula bukan berjalan di tempat
sunyi-sepi atau gelap, dia berada di kawasan awam semasa kejadian itu
berlaku.
Inilah kalau sudah terlalu taksub dengan susuk tubuh wanita; sanggup
membelakangkan kewarasan minda dengan membiarkan hawa nafsu
bermaharajalela.
Dan hasilnya, lelaki gila seks seperti ini berkeliaran menjadikan wanita sebagai mangsa! – MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "Kaum Wanita, Hati-Hati Dengan Lelaki Gila Seks Ini!"