Gambar: Kecantikan Model Berusia 59 Tahun Dikagumi Ramai



SEORANG wanita berusia 59 tahun dan selayaknya digelar nenek kerana sudah memiliki dua orang cucu ini ternyata dikagumi kerana kecantikannya yang luar biasa dan kelihatan lebih muda daripada umurnya.
Yasmina Rossi merupakan seorang model terkenal dalam industri fesyen antarabangsa dan dia masih giat serta laku dalam pasaran kerana keunikan selain kecantikan yang dimilikinya itu.

59-years-old-grandma-fashion-model-yasmina-rossi-11__880

Memulakan karier sebagai peragawati seawal usia 20-an, Yasmina yang lahir di Perancis pada tahun 1955 ini sememangnya mempunyai pengaruh yang cukup besar dalam industri berkenaan.

Malahan dia pernah bekerjasama dengan jenama fesyen terkemuka antarabangsa seperti Marks and Spencer, Hermes, Macy’s, Yves Saint Laurent dan banyak lagi.

Kejelitaan yang terpancar di dalam setiap gambar model ini sentiasa dikagumi.

Rambutnya yang berwarna silver sejak berusia 12 tahun itu dikatakan telah menjadi kelebihan kepada dirinya selama dia berkecimpung dalam bidang ini.

59-years-old-grandma-fashion-model-yasmina-rossi-6__880


Model yang boleh dikategorikan dalam golongan warga emas itu menyatakan bahawa dia tidak ada rahsia dalam memiliki rupa paras serta tubuh badan yang cantik selama ini.

Hanya mengamalkan pemakanan organik setiap hari, meletakkan minyak tertentu pada tubuh dan mengamalkan senaman untuk kecergasan diri, wanita itu percaya sedikit sebanyak ia memberi pengaruh kepada kecantikan dirinya. – Agensi/MYNEWSHUB.CC

59-years-old-grandma-fashion-model-yasmina-rossi-2__880


59-years-old-grandma-fashion-model-yasmina-rossi-7__880

59-years-old-grandma-fashion-model-yasmina-rossi-9__880

59-years-old-grandma-fashion-model-yasmina-rossi-10__880


59-years-old-grandma-fashion-model-yasmina-rossi-12__880
0 Komentar untuk "Gambar: Kecantikan Model Berusia 59 Tahun Dikagumi Ramai"

 
Copyright © 2014 panas panas - All Rights Reserved
Template By Catatan Info