Sahut Cabaran Makan Mee Paling Pedas Di Dunia, Lelaki Ini Menyesal Serta Merta (Video)

Terbaru pengacara Awesome Eats iaitu Ben yang juga seorang vlog telah berkunjung ke Indonesia untuk mencuba sendiri makanan atau mee segera yang dipanggil Indomie yang dikatakan paling pedas di dunia di Restoran Abang Adek di Jakarta.

Di Restoran ini, terdapat beberapa jenis makanan mee segera yang pedas mengikut level tertentu dan level yang tertinggi ialah mee segera yang bernama “mampus” iaitu mee segera dengan campuran lebih kurang 100 batang cili padi.


Walaupun agak terkejut dengan jumlah cili padi pada mulanya, Ben dan rakannya tetap makan dengan segera. Dari suapan yang pertama, Ben dan seorang rakannya kelihatan seperti menyesali perbuatan mereka.
Ben menggelengkan kepada dan terdiam untuk menahan pedasnya, rakannya disebelahnya berkata kepada Ben, “It’s not edible. Man. It’s not freakin edible. It’s so hot! This is not for human, Ben.”

.
 
Walaupun begitu, Ben tetap meneruskan makan mee tersebut dan selang beberapa saat, kelihatan Ben mula menanggalkan baju dan berdiri sambil meminum beberapa gelas air dan juga memakan air batu kerana tidak tahan dengan pedas dan panasnya.


Apabila merasakan panas dan pedasnya tidak berkurang, ben mengambil keputusan membasahkan kepala dan mukanya di sinki. Selepas agak tenang, Ben berkata bahawa ini adalah pengalaman yang menarik, “That was fun. I haven’t had so much fun in the long time.”
0 Komentar untuk "Sahut Cabaran Makan Mee Paling Pedas Di Dunia, Lelaki Ini Menyesal Serta Merta (Video)"

 
Copyright © 2014 panas panas - All Rights Reserved
Template By Catatan Info