7 Sebab Kenapa Wanita Introvert Merupakan Calon Isteri Terbaik

Introvert merupakan personaliti seseorang individu. Berbeza dengan extrovert, individu yang memiliki sifat introvert ini lebih cenderung untuk tidak bergaul dengan orang yang berada di sekelilingnya. Mereka juga  lebih senang bersendirian atau tempat yang tenang, daripada di tempat yang mempunyai ramai orang.

Ciri-ciri Introvert

  • Suka menyendiri
  • Suka berfikir
  • Pemalu
  • Pendiam
  • Susah bergaul
  • Suka berimaginasi
  • Lebih mudah mengungkapkan perasaan secara menulis
  • Berfikir sebelum berbicara

#1. Wanita introvert lebih setia.

Wanita introvert selalunya lebih setia dan akan berfikir dua kali jika ingin menyakiti hati dan perasaan pasangannya. Wanita introvert juga selalu berfikir sebelum bertindak dan hanya lelaki yang dicintai sahaja yang selalu berada di fikirannya.

#2. Lebih suka memperhatikan hal-hal yang kecil.

Wanita introvert selalunya lebih suka memperhatikan hal-hal kecil. Mereka selalunya lebih cenderung memikirkan hal yang tidak perlu difikirkan. Wanita jenis ini juga selalu berhati-hati dalam menjaga hati pasangannya.

3.  Selalu bersikap tenang dalam menghadapi masalah.

Jarang sekali kita melihat wanita introvert ini marah. Wanita ini biasanya akan tenang dalam masalah yang dia hadapi. Baginya marah tidak akan menyelesaikan masalah. Wanita ini juga selalu berfikiran positif dalam menghadapi dan menyelesaikan masalah. Saat dia sedang berada dalam masalah dia akan terus memikirkannya dan meminta maaf terlebih dahulu.

#4. Berpakaian secara sederhana.

Wanita introvert selalunya berpakaian secara sederhana atau simple. Mereka selalunya tidak memakai mekap dan lebih suka tampil dengan diri mereka yang sebenarnya. Mereka juga tidak suka membuang masa dalam menjaga penampilan mereka secara berlebihan.

#5. Serius dalam menjalin hubungan.

Jika anda sedang bercinta dengan wanita introvert, percayalah dia sedang serius memikirkan masa depannya bersamamu.

#6. Sangat berhati-hati dalam hubungan.

Wanita jenis begini selalunya lebih berhati-hati dalam hubungan mereka. Kebiasaannya mereka akan menyelidik terlebih dahulu latar belakang seseorang yang mereka ingin bercinta itu. Tetapi jangan hairan jika wanita introvert ini kebanyakkannya single kerana bukan mereka tidak laku tetapi mereka takut jika lelaki tersebut hanya ingin main-main dengannya.

#7. Sederhana

Selalunya wanita introvert ini selalunya lebih sederhana. Mereka sederhana dalam semua perkara, baik dari segi penampilan, membeli-belah dan sebagainya. Mereka juga jenis tidak menghabiskan wang dalam membelanjakan barang mewah. Jadi jangan risau soal penampilan dan soal kewangan anda kerana mereka akan menerima anda seadannya.
0 Komentar untuk "7 Sebab Kenapa Wanita Introvert Merupakan Calon Isteri Terbaik"

 
Copyright © 2014 panas panas - All Rights Reserved
Template By Catatan Info