Pesawat Penuh, 7 Penumpang Terpaksa Berdiri Sepanjang Penerbangan


Pelik tapi benar, 7 penumpang terpaksa berdiri sepanjang penerbangan dari Karachi, Pakistan ke Madinah. Bayangkan penumpang terpaksa berdiri selama 4 jam 30 minit sebelum sampai ke destinasi, dah macam naik bas express pula.

Difahamkan, krew penerbangan hanya menyedari terdapat lebihan penumpang selepas pesawat berlepas, namun ketua pesawat membuat keputusan untuk tidak berpatah balik semula ke lapangan terbang Karachi kerana tindakan itu hanya merugikan syarikat penerbangan mereka.

Tindakan tidak bertanggungjawab itu dikecam ramai, malah ada yang berpendapat ketua pesawat itu sememangnya mementingkan diri sendiri serta mengabaikan keselamatan para penumpang.

Siasatan sedang dilakukan dan pihak berkuasa mengambil serius perkara itu.

Untuk pengetahuan anda, pesawat jenis Beoing 777 ini mampu menerbangkan seramai 409 penumpang sahaja, namun syarikat penerbangan Pakistan ini telah membawa seramai 416 jumlah penumpang.
Sumber: CARI
0 Komentar untuk "Pesawat Penuh, 7 Penumpang Terpaksa Berdiri Sepanjang Penerbangan"

 
Copyright © 2014 panas panas - All Rights Reserved
Template By Catatan Info