Bangladesh adalah salah satu daripada beberapa negara-negara Islam di mana pelacuran adalah sah di sisi undang-undang.
Rumah Pelacuran Kandapara adalah yang
tertua dan kedua terbesar di daerah Tangail di negara ini — ia telah
wujud selama 200 tahun. Walaupun telah dirobohkan pada tahun 2014, ia
telah ditubuhkan semula dengan bantuan NGO-NGO tempatan.
Lagipun, tempat ini adalah rumah bagi ramai wanita yang telah dilahirkan dan dibesarkan di situ.
Penyokong aktiviti pelacuran telah
menyuarakan pendapat mereka bahawa kerja seks adalah juga merupakan satu
pekerjaan — dan ini membuatkan wanita-wanita ini tidak mahu melakukan
pekerjaan lain.
Disebabkan dakwaan itu juga, wanita-wanita ini telah melakukan demonstrasi untuk menegakkan hak-hak mereka sebagai pekerja.
Pada tahun 2014, Persatuan Kebangsaan
Peguam Wanita Bangladesh telah berjaya meyakinkan Mahkamah Tinggi bahawa
pengusiran pekerja seks adalah satu tindakan yang menyalahi
undang-undang.
Hari ini, “daerah pelacuran” di kawasan ini telah dikelilingi oleh dinding setinggi dua meter.
Di jalan-jalan yang sempit ini, terdapat gerai-gerai makan, kedai teh dan juga penjaja makanan.
Pelacuran adalah satu tempat yang
mempunyai peraturannya yang tersendiri dan juga kuasa hierarki yang
benar-benar berbeza daripada masyarakat arus perdana.
Contohnya, di dalam rumah pelacuran itu, wanita boleh dianggap lemah tetapi juga kuat pada masa yang sama.
Peringkat yang paling lemah adalah
apabila seorang pekerja seks muda memasuki rumah pelacuran itu pada kali
pertama — dia dipanggil Wanita terikat. Kebanyakan daripada mereka
berumur 12 hingga 14 tahun.
Gadis-gadis ini datang dari keluarga yang miskin dan sering menjadi mangsa kepada aktiviti pemerdagangan manusia.
Mereka adalah hak milik kepada “tuan
rumah” di situ, mereka tidak mempunyai kebebasan atau hak terhadap
apa-apa, mempunyai hutang dan tidak dibenarkan untuk pergi ke mana-mana
atau menyimpan wang mereka sendiri.
Apabila mereka telah membayar semua
hutang mereka (yang mengambil masa selama 1 hingga 5 tahun), mereka akan
dibenarkan untuk menjadi pekerja seks bebas.
Selain itu, mereka juga boleh menolak mana-mana pelanggan yang mereka tidak suka, dan juga dapat menyimpan wang mereka sendiri.
Apabila saat di mana semua hutang mereka
telah dilangsaikan, mereka sudah bebas untuk meninggalkan rumah
pelacuran itu. Namun begitu, wanita-wanita ini secara sosialnya tetap
didiskriminasikan apabila mereka berada di luar “rumah” mereka.
Disebabkan itu, mereka sering memilih untuk terus kekal tinggal di situ dan menyara keluarga mereka dengan pendapatan itu.
Tidak kira bagaimana mereka sampai di sana, ramai wanita memulakan pencarian kekuatan diri dalam profesion mereka.
Sebagai contoh, kebanyakan wanita
memilih untuk berada di situ, mereka melarikan diri daripada berada di
bawah kawalan suami mereka dan ingin mencari jalan untuk menyelamatkan
kehidupan mereka.
Pelanggan mereka terdiri daripada golongan anggota polis, ahli politik, petani, nelayan, pekerja kilang, kumpulan remaja lelaki.
Walaupun sebahagian besar daripada
mereka hanya menginginkan seks, tetapi ada juga yang ingin mencari cinta
dan juga kehadiran seorang wanita.
Seorang pelacur telah menolak lamaran
perkahwinan daripada pelanggan setia beliau kerana dia tidak percaya
bahawa lelaki itu akan membiarkan dia menyimpan wangnya.Dia lebih rela
mengekalkan kemerdekaannya sebagai pekerja seks.
Di Bangladesh, seorang lelaki muda tidak
akan dapat peluang untuk memegang tangan teman wanitanya di kawasan
awam dan mereka juga tidak boleh melakukan hubungan seks sebelum
berkahwin.
Jika dia pergi ke rumah pelacuran, di
sana, dia akan mencari persekitaran yang bebas-moral. Malah, dapat
dilihat bahawa ramai lelaki yang ke rumah pelacuran itu hanya ingin
minum teh bersama wanita-wanita yang tinggal di sana.
Biasanya, di kawasan awam di Bangladesh,
ia adalah mustahil bagi seorang lelaki untuk menjemput seorang wanita
yang tidak dikenali untuk minum teh bersama dengannya.
Sehubungan dengan itu, ramai daripada pelanggan dapat menikmati minum alkohol (yang dilarang di luar untuk orang Islam).
Wanita yang berada di dalam rumah itu
tidak akan pernah memakai hijab. Tetapi, mereka hanya akan memakainya
sekiranya mereka ingin melangkah keluar, kembali ke dunia nyata.
Sumber : Toodia.my
0 Komentar untuk "Aktiviti Pelacuran Sah Di Sisi Undang-undang Bangladesh"