Sempat Lambai Tangan Sebelum Sambung S3ks Atas Biri-Biri (Video)


Tindakan sepasang kekasih melakukan hubungan seks secara terbuka di atas sebuah patung biri-biri di Dunedin, New Zealand tular di laman sosial.
Memetik metro.uk, tindakan jijik pasangan kekasih itu berlaku sekitar jam 1 pagi, Sabtu lalu.
Mereka dikatakan tidak menghiraukan beberapa individu yang melalui kawasan kejadian, malah si lelaki didakwa turut melambai tangan sebelum menyambung ‘urusannya’.
Rakaman adegan seks pasangan tersebut kemudian dipercayai dimuat naik di laman sosial, sebelum pihak polis menggesa orang ramai yang berada di lokasi kejadian supaya tampil membuat laporan polis.
Menurut seorang lelaki berusia 23 tahun yang merakam adegan tersebut, kejadian berlaku ketika dia dan beberapa rakannya sedang melalui kawasan berkenaan sebelum ternampak aksi tersebut.
“Mereka melakukan seks atas biri-biri. Saya ingatkan mereka ini dicabar... saya tidak pernah melihat perkara itu sebelum ini.
“Salah seorang daripada kawan saya telah memuatnaik dalam media sosial dan semua orang ketawa, kecuali ibu saya yang tidak suka melihat perbuatan itu,’’ katanya, memetik portal tersebut.
Susulan penularan rakaman seks pasangan tersebut, jurucakap polis New Zealand menggesa orang awam supaya membuat laporan polis, dan bukannya bertindak merakam kejadian seumpama itu.
“Kami mengambil serius mengenai benda ini dan siasatan akan dijalankan. Jika sabit kesalahan mereka yang melakukan perbuatan lucah di khalayak ramai boleh dihukum penjara dua tahun,’’ katanya.
Video tersebut kini tular selepas dikongsi di laman LiveLeak.com.
0 Komentar untuk "Sempat Lambai Tangan Sebelum Sambung S3ks Atas Biri-Biri (Video)"

 
Copyright © 2014 panas panas - All Rights Reserved
Template By Catatan Info