Perkejaan Terbaru di Korea Cuma Makan Dan Gaji Lumayan



Di Korea Selatan pada ketika ini tengah muncul trend pekerjaan baru yang disebut sebagai Mukbang BJ. Pekerjaan ini bahkan boleh dikatakan sebagai salah satu pekerjaan impian kerana kerjanya hanya makan banyak tetapi menghasilkan wang.

Bukan main-main, bahkan pendapatan yang dihasilkan oleh seorang Mukbang BJ boleh mencapai 50 juta Won . Perkara tersebut diketahui setelah salah satu Mukbang BJ hadir di acara yang diacarakan oleh Yoo Jae Seok, "Same Bed Different Dreams".

"Berapa yang aku hasilkan? Kira-kira antara 40 hingga 50 juta Won  dalam 200 hari," kata Mukbang BJ 27 tahun itu. Wang tersebut dihasilkan dari sumbangan para viewers yang melihat mereka makan.




Bagi yang mereka yang berminat
, Mukbang BJ biasanya "bekerja" dengan sistem streaming video. Ia memakan begitu banyak makanan sambil berinteraksi dengan para penonton melalui video. Penonton boleh menderma wang agar mesejnya nanti dibacakan oleh si Mukbang BJ.

Derma itu sendiri bukan dalam jumlah yang besar. Namun, kerana banyaknya jumlah penonton yang menderma, hasil kecil itu akhirnya boleh mencapai puluhan juta Won.Jom saksikan video berikut ini;


0 Komentar untuk "Perkejaan Terbaru di Korea Cuma Makan Dan Gaji Lumayan"

 
Copyright © 2014 panas panas - All Rights Reserved
Template By Catatan Info