Disangka Kanak-kanak, Pasangan Ini Hampir Dilarang Untuk Berkahwin

Zaman sekarang kebanyakan pasangan muda rancak keluar bersama mengalahkan pasangan yang sudah berkahwin. Jadi tidak hairanlah apabila melihat ibu bapa jadi sukar menerimanya apabila melihat pasangan muda yang berkahwin awal.


Perkara ini sama seperti yang terjadi pada pegawai di Pejabat Pendaftaran Sivil ini apabila melihat sepasang pasangan muda yang kelihatan seperti kanak-kanak tetapi ingin berkahwin. Pegawai tersebut terkejut dan meminta pasangan menunjukkan identiti mereka.
Ternyata kedua mereka sudah berkahwin. Kedua-dua identiti mereka tidak diketahui dengan tepat tetapi menurut sumber dari brilio.net, viral4real, lelaki itu berusia 22 tahun manakala wanita itu berusia 20 tahun.


Pasangan itu berkata ketika mendaftar di pejabat itu mereka hampir diusir oleh pegawai ketika mereka mengatakan sudah menikah. Tetapi selepas menunjukkan kad pengenalan mereka barulah pegawai tersebut menguruskan keperluan pendaftaran mereka.
Pasangan tersebut dikatakan menderita penyakit dwarfisme. Penyebab dwarfisme ini memberi gangguan terhadap hormon pertumbuhan seseorang. Disebabkan itu pasangan ini mempunyai ketinggian seperti kanak-kanak. Ketinggian wanita itu hanyalah 130 cm dan beratnya sebanyak 30 kg.



Kisah cinta mereka berputik semasa bertemu di sebuah pameran televisyen. Semenjak daripada itu, hubungan mereka semakin dekat dan lebih serius sehingga akhirnya mereka bersetuju untuk berkahwin.
0 Komentar untuk "Disangka Kanak-kanak, Pasangan Ini Hampir Dilarang Untuk Berkahwin"

 
Copyright © 2014 panas panas - All Rights Reserved
Template By Catatan Info