7 Kehidupan Luar Biasa Yang Dilakukan Oleh Orang Mesir Purba

Ramai orang sering berpendapat bahawa orang purba adalah masyarakat yang kurang berkembang melalui tradisi, cara pemakaian, bahasa yang digunakan dan sebagainya.
Walaubagaimanapun ahli arkeologi membuktikan bahawa orang Mesir purba adalah masyarakt yang berpendidikan. Berikut ialah kehidupan yang menarik yang pernah mereka lakukan:

#1. Merawat Mata Menggunakan Bahan Yang Pelik


Jangkitan mata merupakan sejenis penyakit biasa di kalangan mereka. Mereka kerap menggunakan rawatan yang pelik seperti menggunakan ubat yang dibuat daripada otak manusia.
Mereka membahagikan otak manusia kepada 2 bahagian. Bahagian pertama campurkan separuh madu dan sapukan pada bahagian mata pada waktu malam. Bahagian kedua sapukan pada waktu pagi berikutnya.

#2. Melakukan Pembedahan

Mereka mempunyai pengetahuan dalam perubatan yang tepat dan unik jika dibandingkan dengan zaman moden. Para saintis mengatakan mereka melihat kesan pembedahan jantung, pemindahan organ dan pembedahan plastik telah dilakukan pada mumia yang diperiksa oleh mereka.

#3. Mencipta Bir


Para pekerja yang membina piramid dibayar dengan 4-5 liter bir sehari. Jadi kita boleh menyimpulkan bahawa pembuatan bir yang dibuat oleh mereka dalam tahap yang baik. Masyarakat Mesir merupakan salah satu masyarakat yang terawal menghasilkan minuman ini.

#4. Membentuk Pasukan Polis

Pasukan polis Mesir telah ditemani dengan anjing dan monyet. Mereka ditugaskan untuk melindungi bandar, golongan atasan dan para pegawai daripada penjenayah. Mereka dilihat seperti polis zaman moden.

#5. Pertemuan Ubat Gigi


Terdapat bukti pertemuan ubat gigi sejak 5000 SM. Mereka menghasilkan daripada pelbagai bahan termasuk kulit telur.

#6. Penggunaan Antibiotik

Walaupun antibiotik secara rasmi diperkenalkan pada abad ke-20, para doktor zaman Mesir purba telah menggunakan roti yang berkulat untuk menyembuhkan luka yang bernanah. Rawatan tersebut dipercayai berfungsi dengan baik.

#7. Membuat Besi Dari Batu Meteor


Ahli arkeologi telah menemukan cebisan logam di makam lama. Kajian di dalam tulisan hieroglyph menunjukkan maksud logam dari langit. Mereka berpendapat kemungkinan ini diperbuat daripada batu meteor.
0 Komentar untuk "7 Kehidupan Luar Biasa Yang Dilakukan Oleh Orang Mesir Purba"

 
Copyright © 2014 panas panas - All Rights Reserved
Template By Catatan Info