Kejutkan Penduduk Kerana Wanita Ini Jatuh Dari Langit.



Sebelum  ini, Beijing dikejutkan dengan penampakan malaikat jatuh yang begitu nyata. Malaikat itu nampak tertiarap dengan sayapnya yang tidak lagi berbulu lebat.

Penampilan dari karya Sun Yuan dan Peng Yu. Duo seniman itu telah membuat pemasangan berjudul "Angel" yang sangat sukar dibezakan antara imaginasi dan mitos.



 Angel sendiri merupakan patung bersaiz manusia yang terbuat dari serat polimer, silika gel dan diperkuat dengan bahan gentian kaca, serta benang tenun. Bahan tersebut membuat patung yang dikurung dalam jaring itu kelihatan sangat mirip manusia asli.

Yang menariknya, patung ini tidak dibuat seperti gambaran malaikat yang cantik dan muda. Ia justru dipaparkan sebagai tubuh tua dengan pakaian putih dan tidak banyak berbulu. Orang boleh menganggapnya sedang tertidur dengan kedudukannya yang telungkup atau boleh pula menganggapnya telah meninggal.




Yuan dan Yu memang bukan orang baru dalam karya seni berkonsep paradoks. Mereka bahkan tidak ragu menggunakan mayat mahupun rangkaian lemak manusia untuk membuat sebuah karya.

Dalam karya mereka kali ini, Yu dan Yuan mempunyai tujuan untuk mengetengahkan ketegangan dan peralihan antara alam ghaib dan duniawi. Malaikat yang digambarkan jatuh ke dunia itu diceritakan tidak mampu melaksanakan perintah Tuhan hingga dibuang ke dunia.
0 Komentar untuk "Kejutkan Penduduk Kerana Wanita Ini Jatuh Dari Langit. "

 
Copyright © 2014 panas panas - All Rights Reserved
Template By Catatan Info