Jangan Terkejut Nenek Ini Di Gelar Supermodel Tertua Dunia Di Usia 88 Tahun

Sekali pandang, wanita ini memang sudah layak benar dipanggil nenek atau moyang.

Tapi jangan terkejut, sebenarnya wanita yang dikenali sebagai Daphne Selfe ini adalah seorang supermodel yang masih aktif lagi di pentas peragaan.

Digelar supermodel model paling tua iaitu berusia 88 tahun, Daphne masih lagi ligat memperagakan fesyen dan berjalan di atas pentas terkemuka dunia.

Dia kelihatan sangat 'vogue' dengan potongan badan yang masih mantap dan menarik, setanding dengan model-model muda yang lain di luar sana.

Daphne sudah berkecimpung dalam arena peragaan sejak tahun 1949. Perjalanannya menjadi seorang peragawati bermula apabila dia menyertai sebuah pertandingan untuk menjadi wajah hadapan sebuah majalah tempatan di London pada umur 20 tahun.

Paling hebat, wanita ini telah dinobatkan sebagai supermodel tertua dunia yang masih aktif oleh Guinness World Record pada tahun 2015.

Ditanya tentang rahsia kecantikan, Daphne menyatakan dia amat berterima kasih kepada kedua ibu bapanya kerana kejelitaan yang diwarisinya adalah daripada mereka.

Dia juga tidak pernah melakukan apa-apa pembedahan kosmetik dan amat gemar melakukan yoga, berkebun dan bersiar-siar.

Walaupun dikatakan sudah lanjut usia, ia tidak menghalang diri wanita ini untuk sentiasa tampil menarik dan bergaya.





0 Komentar untuk "Jangan Terkejut Nenek Ini Di Gelar Supermodel Tertua Dunia Di Usia 88 Tahun "

 
Copyright © 2014 panas panas - All Rights Reserved
Template By Catatan Info