Tanam Implan Dalam Mata, Obses Dengan Kecantikan


Model Tanam Implan Dalam Mata


SEORANG model yang terlalu obses dengan pembedahan plastik semata-mata mahukan ‘kesempurnaan’ badan, telah mengejutkan ramai apabila dia memasukkan implan ke dalam matanya dengan dua warna yang berbeza.
Pixee Fox, 26, dari North Carolina, sebelum ini menjadi liputan media selepas dia sanggup membuang enam tulang rusuk semata-mata mahu mendapatkan pinggang ramping umpama kerengga.
Kini Fox, yang telah membelanjakan lebih RM400,000 sepanjang hidupnya bagi membuat 18 pembedahan plastik, telah memperuntukan tambahan RM24,000 untuk menanam implan di matanya supaya ia kelihatan seperti `mata kartun’.
Bagaimanapun perbelanjaan untuk pembedahan implan mata itu adalah hasil sumbangan peminatnya.
“Ia merupakan impian saya sejak kecil iaitu mempunyai mata yang berbeza warna,” katanya yang mempunyai mata asal berwarna biru.
Dia mengetahui mengenai pembedahan tersebut tiga tahun lalu dan sejak itu dia mula berangan untuk melakukannya. Implan yang ditanam itu berwarna hijau seperti warna laut dan ia amat ekstrem.
“Warna itu tidak boleh diperolehi secara semula jadi,” katanya.
Pembedahan berkenaan mengambil masa selama 15 minit bagi setiap mata dan ia dilakukan dalam keadaan pesakit dibius. Ia merupakan implan yang akan kekal. – Mynewshub.cc
0 Komentar untuk "Tanam Implan Dalam Mata, Obses Dengan Kecantikan"

 
Copyright © 2014 panas panas - All Rights Reserved
Template By Catatan Info