Villa yang
diberi nama Dunbar Rock ini memiliki 8 buah bilik yang mampu menampung
sehingga 18 orang untuk menginap. Jika anda ingin lari dari kesibukan
kerja dan kesesakan bandar, kami cadangkan anda untuk berlibur di villa
ini. Selain menawarkan pemandangan yang sangat indah, tempat ini juga
menawarkan privasi tersendiri kerana berada di tengah-tengah laut dan
tiada apapun gangguan.
Villa ini
terletak sekitar 70 kilometer dari pantai utara Honduras, Amerika
Tengah. Ada dua cara untuk sampai ke tempat ini sama ada dengan cara
menaiki bot ataupun helikopter. Di aras bumbung Villa ini turut
disediakan landasan untuk helikopter mendarat.
Salah satu
fasiliti menarik yang ditawarkan oleh pengusaha Villa Dunbar Rock ini
adalah pengunjung bebas menyelam ke dalam laut untuk melihat keindahan
laut dan segala hidupan yang terdapat di dalamnya. Jika anda tidak
mahu menyelam, para tetamu juga boleh berjemur di balkoni villa untuk
menikmati suasana seperti di pulau persendirian.
Chef
berpengalaman juga turut disediakan untuk menyajikan makanan laut
perairan Carribean kepada para tetamu. Namun untuk menginap di Villa
tersebut, harga penginapan serendah dari 10 ribu ringgit Malaysia.
Tertarik untuk bercuti di sini.
0 Komentar untuk "Villa Dunbar Rock Jadi Syurga Untuk “Divers” Dari Seluruh Dunia"