Kota Amsterdam terkenal dengan tiga
perkara iaitu ganja, kawasan lampu merah dan basikal. Di dalam kota ini
dianggarkan terdapat 2 Juta basikal yang digunakan penduduk untuk pergi
dari titik A ke titik B. Negara Belanda adalah antara negara paling rata
di dunia dan oleh sebab itu menggunakan basikal sejak kecil adalah
perkara biasa.
Pada waktu yang sama membuang basikal ke dalam terusan di Amsterdam juga
sudah berlaku sejak sekian lama. Sekitar dekad 60an, pihak berkuasa
tempatan Amsterdam menyedari semakin banyak basikal dibuang ke dalam
terusan sehingga menyebabkan ia mencalarkan bahagian bawah bot.
Maka bagi mengelakkan terusan dipenuhi basikal, kerja pembersihan
dilakukan setiap hari. Tugas membersihkan terusan jatuh ke atas "nelayan
basikal". Mereka akan berlayar di dalam bot yang dilengkapi penyangkuk
besar yang memudahkan basikal dibawa keluar dari terusan. Setiap tahun
sekitar 15000 basikal akan dibawa keluar dari terusan. Kesemua basikal
yang "ditangkap" kemudian dikitar semula oleh pihak berkuasa tempatan.
0 Komentar untuk "KEHIDUPAN NELAYAN BASIKAL DI AMSTERDAM (12 GAMBAR) "