Bila Wanita Terlalu Obses Pada Watak Disney, Inilah Hasilnya

Setiap orang mempunyai kegemaran dan juga minat yang berbeza-beza. Seperti gadis berusia 25 tahun ini, dia sangat obses dengan watak Disney!

Bukan itu sahaja, Sarah Ingle sanggup berhabisan sehingga RM60,000 untuk merealisasikan impiannya menjadi watak Disney itu.

Namun, wang itu bukanlah untuk tujuan pembedahan plastik. Sebaliknya digunakan untuk menggunakan mekap dan juga kostum khas agar tampil seperti Elsa, Merida, Ariel, Snow White dan Rapunzel.

Pastinya watak Elsa dari filem Frozen paling menonjol dan digemari oleh semua orang.

Bukan itu sahaja, Sarah tidak melakukannya secara suka-suka sahaja.

Dia dilihat sering menghiburkan kanak-kanak yang berada di kawasan kejiranannya termasuklah di wad kanak-kanak tanpa mengenakan sebarang bayaran.


0 Komentar untuk "Bila Wanita Terlalu Obses Pada Watak Disney, Inilah Hasilnya "

 
Copyright © 2014 panas panas - All Rights Reserved
Template By Catatan Info