Perghh...!!! Lari Dari Rumah, 10 Tahun Tinggal Di Siber Kafe


BEIJING – Sepuluh tahun selepas melarikan diri dari rumah, seorang wanita berusia 24 tahun akhirnya pulang minggu lalu, memeranjatkan keluarganya yang selama ini menyangka dia sudah meninggal dunia.

Wanita berkenaan melarikan diri dari rumahnya di Hengdian di wilayah Zhejiang ketika berusia 14 tahun selepas bertengkar dengan ibunya.

Sepanjang tempoh itu, dia menumpang tinggal di beberapa Siber Kafe. Kisahnya terbongkar selepas dia ditahan polis di sebuah kafe Internet di Hangzhou minggu lalu kerana menggunakan kad pengenalan palsu.
Dia mengaku melarikan diri dari rumah, makan dan tidur di beberapa Siber Kafe.

Apabila tidak makan atau tidur, dia akan menghabiskan masa bermain permainan online.

Tanpa pekerjaan, wanita itu mengharapkan simpati daripada pengunjung lain, lapor portal berita Tencent.
Polis menelefon bapanya yang bergegas ke Hangzhou untuk membawanya pulang.

Ibunya memberitahu wartawan, dia berjanji tidak akan bertengkar lagi dengan anaknya.

Pendekatan wanita tua itu bertentangan dengan sebahagian ibu bapa di China yang terpaksa menghantar anak mereka ke kem ala tentera bagi mengubati ketagihan terhadap Internet. – Agensi
0 Komentar untuk "Perghh...!!! Lari Dari Rumah, 10 Tahun Tinggal Di Siber Kafe"

 
Copyright © 2014 panas panas - All Rights Reserved
Template By Catatan Info